Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Penuntut Sekolah Pondok Maut Kereta Dinaiki Terbabas

Siti Nur Ain Natasya
remaja maut Temerloh
Sumber: BERNAMA

Dua Penuntut Sekolah Pondok Maut Kereta Dinaiki Terbabas

KUANTAN, 23 Mac (Bernama) — Dua penuntut sekolah pondok maut manakala seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas melanggar pokok ketika melalui selekoh Jalan Jengka 23, Bandar Pusat Jengka hari ini.

Ketua Polis Daerah Maran Supt Wong Kim Wai berkata kemalangan kira-kira 1.20 tengah hari itu menyebabkan penumpang belakang kenderaan itu, Mohd Rahinuddin Ibrahim, 55, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala penumpang hadapan, Abd Aziz Othman, 73, di Hospital Termerloh.

Beliau berkata pemandu kereta jenis Perodua Myvi itu, Jamaluddin Md Adam, 74, yang juga guru sekolah pondok mengalami sakit pada bahagian dada dan kini dirawat di Hospital Jengka.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta itu yang dalam perjalanan dari Pondok Haji Bakri, Chenor menghala ke Jengka 21 telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam cerun di sebelah kanan dan melanggar pokok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wong berkata kemalangan itu sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BACA: Polis Sahkan Penemuan Objek Torpedo Bukan Bom

BACA: Individu Kumpulan Darah A, B & O Diminta Segera Tampil – PDN

BACA: 9 Bulan Di ISS, Ini 6 Masalah Kesihatan Yang Angkasawan Alami

Sumber: BERNAMA