Siakap Keli
diana farid bercerai
Kredit: BERNAMA

Diana Danielle, Farid Kamil Sah Bercerai Kali Kedua

Diana Danielle, Farid Kamil Sah Bercerai Kali Kedua

Pasangan selebriti, Farid Kamil Zahari, 43, dan Diana Danielle Danny Beeson, 33, sah bercerai sekali lagi, lapor Gempak.

Perceraian dengan talak satu itu dilafazkan oleh Farid Kamil di hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Kamaruddin di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Menurut laporan media, proses perceraian pasangan ini diselesaikan secara baik.

Untuk pengetahuan, perceraian ini difailkan buat kali kedua oleh Diana pada 4 November lalu.

Kedua-dua bekas suami isteri itu kelihatan tenang ketika melangkah keluar.

“Dalam bulan Ramadan penuh barakah ini semuanya selesai. Terima kasih kepada Diana kerana memahami situasi,” ujar Farid.

BACA: “Dengan Izin Allah,” Farid & Diana Sudah Rujuk Semula 31 Ogos Lalu

Menurut Diana, mereka berdua memilih untuk menumpukan kepada urusan membesarkan anak-anak hasil perkahwinan mereka. Baginya, perpisahan ini tidak menandakan sebarang permusuhan terhadap bekas suaminya itu.

“Masing-masing boleh terus fokus kepada anak-anak selepas ini selain membina persahabatan yang baik.

“Yang penting untuk kebaikan anak-anak,” katanya.

Pasangan berkenaan dilihat bersalaman antara satu sama lain selepas sesi bertemu media. Farid turut kelihatan mengucapkan selamat tinggal kepada bekas isterinya ketika wanita berkenaan meninggalkan mahkamah.

Sebelum ini, pasangan tersebut telah sah bercerai talak satu dengan dilafazkan oleh Farid pada tanggal 10 Ogos lalu. Namun, perceraian tersebut dirujuk semula atas persetujuan kedua belah pihak setelah 21 hari berpisah.

Selama berumah tangga, pasangan selebriti ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad yang berumur 11 tahun dan Nur Aurora, 9 tahun.

BACA: Hukum Nafkah Isteri Yang Diceraikan

BACA: Diana Danielle Hadir Di Mahkamah Rendah Syariah WP Untuk Fail Permohonan Cerai

Sumber: Gempak

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.