Siakap Keli
farid diana rujuk semula
Gambar: Instagram Diana Dianelle

“Dengan Izin Allah,” Farid & Diana Sudah Rujuk Semula 31 Ogos Lalu

“Dengan Izin Allah,” Farid & Diana Sudah Rujuk Semula 31 Ogos Lalu

Pelakon, Farid Kamil mengaku sudah rujuk semula dengan Diana Danielle sejak 31 Ogos lalu.

Memetik laporan Astro Gempak, pengumuman gembira itu dibuat oleh pelakon Lagenda Budak Setan ketika dalam sebuah program hiburan pada hujung minggu.

“Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” kata Farid.

Menurutnya lagi, mereka berdua mengambil keputusan untuk kembali bersama kerana agama dan dalam masa sama menyedari bahawa pengalaman lalu telah mendewasakan dia dan isterinya.

“Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami.

“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak,” jelasnya lagi.

Difahamkan, sepanjang tempoh bercerai pada Ogos lalu, mereka mengambil waktu untuk bermuhasabah diri dan menilai semula rumahtangga mereka.

Beberapa hari lalu, netizen mula menuai komen apabila melihat kemesraan pasangan pelakon itu.

Lebih-lebih lagi, aksinya memegang tangan dan mencium pipi Diana dalam sebuah program hiburan turut menjadi perhatian.

Kecoh Semalam Farid & Diana Bakal Rujuk Semula

Semalam, menerusi laporan media mendedahkan kedua-dua selebriti itu bakal kembali bersama selepas lebih sebulan bercerai. Mereka dikatakan akan hadir ke mahkamah bagi proses rujuk semula, lapor Gempak.

Diana menegaskan semua perkara perlu mengikut proses yang ditetapkan dan dia tidak berada dalam fasa tergesa-gesa.

BACA JUGA: Farid Ceraikan Diana Danielle Talak Satu Secara Atas Talian

Tambahnya, selepas penceraian itu, dia tidak mengetahui perkara itu merupakan pengakhiran antara mereka kerana setiap hal ditentukan oleh Allah SWT. Oleh itu, mereka tidak berhenti berdoa.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu rujuk kembali, pelakon filem Hanyut itu memaklumkan bahawa dia menyerahkan kepada Farid Kamil untuk menjelaskannya, lapor Astro Awani menerusi Media Hiburan.

“Saya rasa tidak perlulah untuk saya jelaskan secara terperinci. Saya izinkan Farid untuk bercakap hal ini dengan lebih lanjut jika ada pihak yang bertanya mengenainya.

“Saya pun sebelum ini memang banyak ‘reserved’ dalam hal berkaitan peribadi. Mana yang saya senang untuk kongsi, saya akan berbuat demikian dan begitu jugalah sebaliknya,” jelasnya lagi

Terdahulu, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos lalu.

Hasil rumah tangga yang dibina, Farid dan Diana dikurniakan sepasang anak iaitu, Muhammad dan Nur Aurora.

Sumber: Astro Gempak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?