Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Moga Allah Permudahkan..." PM Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar

PM Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar
Kredit: Anwar Ibrahim

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik pada awal pagi tadi.

Menerusi satu hantaran, Anwar turut mendoakan agar segala urusan rawatan pendakwah itu dipermudahkan serta beliau diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

Beliau juga berharap agar Ustaz Wadi segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat.

PM Titip Doa Buat Ustaz Wadi Annuar

“Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.

“Moga Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini.

“Semoga Ustaz segera pulih dan kembali berbakti menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat,” katanya.

Terdahulu, pendakwah bebas itu dilaporkan terlibat dalam kemalangan di sekitar Perah, Pahang, pada awal pagi tadi.

Menurut perkembangan terkini yang dikongsikan Mohd Amir Faizal menerusi Facebook, keadaan Ustaz Wadi dilaporkan stabil dan beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Gerik.

“Alhamdulillah, keadaan Ustaz Wadi Annuar dilaporkan stabil. Beliau masih sedar dan boleh bercakap, namun mengadu mengalami kesakitan di bahagian dada dan perut. Beliau juga mengalami kesakitan di bahagian lutut,” maklum beliau.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan antara kenderaan yang dinaiki Ustaz Wadi dengan sebuah kenderaan lain.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa yang menaiki kenderaan berkenaan dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak sedarkan diri, serta masih menerima rawatan di hospital.

Intipati
  • Anwar Ibrahim mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terbabit kemalangan.
  • Ustaz Wadi dilaporkan stabil, masih sedar dan sedang menerima rawatan di Hospital Gerik.
  • Kemalangan itu dipercayai melibatkan pertembungan kenderaan, manakala seorang lagi mangsa tidak stabil.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan