Siakap Keli
senarai Smartlane Raya 2025
Sumber: ASTRO Awani

Aidilfitri: Senarai 28 Lokasi Smart Lane Di PLUS

Aidilfitri: Senarai 28 Lokasi Smart Lane Di PLUS

Setiap kali musim perayaan, lebuh raya tentunya akan mula dibanjiri dengan kenderaan yang ingin bergerak pulang ke kampung halaman.

Perkara ini sudah tentunya akan meningkatkan kadar kesesakan trafik pada lebuh raya. Bahkan, waktu perjalanan ke destinasi mampu menjadi dua atau tiga kali ganda lama di sesetengah kawasan.

Disebabkan itu, wujudnya sistem Smart Lane.

Apa itu Smart Lane?

Smart Lane ialah sistem pengaktifan lorong kiri di Lebuhraya PLUS pada laluan kritikal tertentu untuk meningkatkan kapasiti lebuh raya, terutama di kawasan yang kerap sesak menjelang waktu puncak atau musim perayaan.

https://www.facebook.com/watch/?v=9215924121780289&t=0

Bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, PLUS mengumumkan senarai pengaktifan lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Senarai 28 Lokasi Smart Lane

Wilayah Tengah

KM 303.2 – KM 297.0 arah utara: Gua Tempurung – Gopeng

KM 367.3 – KM 354.0 arah utara: Slim River – Sungkai

KM 354.0 – KM 356.0 arah selatan: Sungkai – Slim River

KM 439.5 – KM 435.5 arah utara: R&R Rawang – Sg. Buaya

KM 437.1 – KM 443.3 arah selatan: Hentian Sebelah Rawang – Persimpangan Rawang

KM 4.3 – KM 8.1 arah utara: Setia Alam – Shah Alam

KM 8.4 – KM 7.0 arah selatan: Shah Alam – Setia Alam

KM 11.2 – KM 13.3 arah utara: Susur Keluar Petron, NKVE – Subang

KM 280.0 – KM 276.0 arah selatan: Nilai – R&R Seremban

KM 289.5 – KM 292.6 arah utara: Putra Mahkota – Southville

KM 293.5 – KM 289.5 arah selatan: Southville – Putra Mahkota

KM 8.2 – KM 5.4 arah utara: OBR USJ – Seafield

KM 16.3 – KM 13.2 arah utara: Bandar Saujana Putra – Putra Heights

KM 13.85 – KM 15.75 arah selatan: Putra Heights – Bandar Saujana Putra

KM P7.4 – KM P7.9 arah timur: MEX – Putrajaya Link

KM P3 – KM 4 arah timur: Lingkaran Putrajaya

Wilayah Utara

KM 150.4 – KM 146.6 arah utara: Bukit Tambun (U) – Plaza Tol Juru

KM 120.6 – KM 125 arah selatan: Bertam – Sg. Dua

KM 159.3 – KM 162.7 arah selatan: Hentian Sebelah Sg. Bakap – Jawi

Wilayah Selatan

KM 260 KM 263.1 arah utara: Port Dickson – Seremban

KM 244 – KM 248.5 arah utara: Pedas Linggi – Senawang

KM 174 – KM 180.2 arah utara: Tangkak – Jasin

KM 194.5 – KM 184 arah selatan: Ayer Keroh – Hentian Sebelah Kg. Bemban

KM 27 – KM 34 arah utara: Sedenak – Kulai

KM 19 – KM 27 arah utara: Senai – Kulai

KM 27 – KM 19 arah selatan: Kulai – Senai

KM 4.5 – KM 1.9 arah selatan: Dato’ Onn – Pasir Gudang

KM 0.4 – KM 6 arah utara: Pandan – Kempas

Sumber: ASTRO Awani

BACA: Kabinet Bersetuju Dengan Terma, Syarat Perjanjian Pencarian Bangkai Pesawat MH370

BACA: Malaysia Negara Kedua Tertinggi Guna Kod QR

BACA: Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Maksud “Dilepaskan Tanpa Dibebaskan”

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.