Amaran Ribut Petir Di 9 Negeri – METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 7 malam ini.
Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, selain Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak.
“Di Kelantan pula, daerah yang terlibat adalah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu membabitkan daerah Setiu.
“Selain itu, di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, manakala Johor membabitkan daerah Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia.
Di sisi lain, daerah yang terlibat di Sarawak adalah Miri (Marudi) dan Limbang.
Manakala di Sabah, membabitkan Pedalaman (Sipitang, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod dan Beluran).
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
BACA: Tempat Terbaik Untuk Dilawati Di Sabah Berdasarkan Personaliti Perjalanan Anda
BACA: Melaram Lagak Sang Ratu Syawal Ini- Koleksi RR daripada Rizman Raya 2025 Empress Hampir Sold Out
BACA: Pernah Tular Didodoikan Selawat Bapa, ‘Bayi Polisterin’ Banjir 2014 Raih 9A UPKK
Sumber: METMalaysia