Siakap Keli
Melaram Lagak Sang Ratu Syawal Ini- Koleksi RR daripada Rizman Raya 2025 Empress Hampir Sold Out
Gambar Hiasan

Melaram Lagak Sang Ratu Syawal Ini- Koleksi RR daripada Rizman Raya 2025 Empress Hampir Sold Out

Melaram Lagak Sang Ratu Syawal Ini- Koleksi RR daripada Rizman Raya 2025 Empress Hampir Sold Out

KUALA LUMPUR, Malaysia – Walau Ramadan masih berbaki kurang lebih seminggu lagi, namun helaian RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection sudah semakin tipis stok yang tinggal, sesetengah rekaan sudah ’sold out’ di awal Ramadan lagi!  Sambutan di luar jangkaan ini membuktikan bahawa rekaan koleksi Empress ini berjaya menambat hati RR Fashion Royalties yang sememangnya mementingkan gaya Raya yang elegan, eksklusif dan tampak mewah.

Apakah yang membuatkan koleksi ini mencetus fenomena sehingga laris dalam masa terhad?

Inspirasi yang tercetus di sebalik rekaan ini dan kemudian diterjermahkan dalam setiap helaian dengan begitu terperinci menjadikan koleksi ini lain daripada yang lain, sehinggakan ia berjaya mencuri hati RR Royalties untuk memilikinya. Koleksi ini juga diperkenalkan bersempena meraikan pencapaian gemilang Rizman Ruzaini selama dua dekad pada tahun ini. Justeru, koleksi RR by Rizman Ruzaini Raya Empress ini dilihat sebagai suatu wakilan tepat untuk meraikan ulang tahun tersebut.

Diinspirasikan daripada legasi British Raj dan pemerintahan simbolik Ratu Victoria, koleksi ini menggabungkan kekayaan sejarah dengan kemewahan kontemporari. Daripada penggunaan renda Tartan mewah sebagai elemen utama dan sulaman filigree yang terperinci, hinggalah kepada reka bentuk kerongsang eksklusif yang diilhamkan daripada permata Koh-I-Noor, helaian ini menitikberatkan seni visual kemegahan golongan bangsawan. Ia berlatarbelakangkan fabrik crepe concerto berwarna neutral lembut.

Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, seleksi yang direka ini sebenarnya lebih daripada sekadar sepasang ’baju raya’. “Ya, ketika mengilhamkannya, saya memikirkan satu pemakaian yang lebih daripada pandangan baju raya. Maksudnya di sini, saya mahu ia kelihatan gah untuk dijadikan persalinan hari istimewa lainnya seperti ke karpet merah atau apa jua yang sesuai dengan keunggulan inspirasinya,” ujarnya.

Tidak hairanlah apabila koleksi ini juga menjadi kegemaran dan pilihan rakan jenama RR yang turut hadir menggayakan persalinan ini ketika mengunjungi butik Rizman Ruzaini baru-baru ini. Antara selebriti yang telah pun mencuba sendiri sarungan RR by Rizman Ruzaini Raya 2025 Empress Collection ialah Erra Fazira, Mira Filzah, Diana Danielle, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose, Azira Shafinaz, Amelia Henderson, Eyka Farhana, Aina Abdul dan Raysha.

Koleksi ini menampilkan 16 rekaan yang tersedia dalam kuantiti terhad demi menjaga kualiti dan eksklusiviti kepada si pemakai. Namun demikian, ia tetap dijual pada harga mampu milik untuk rekaan yang dikategorikan sebagai mewah dan terperinci ini. Berikut adalah 16 rekaan yang telah menemui pelanggan bermula 27 Januari 2025 menerusi pembelian di www.RRbyRizmanRuzaini.com dan di kedai utama:

  1. Victoria Kurung (Limited Edition)

2. Camryn Kurung in Bright Pink

3. Fenella Kurung in Almond

4. Faith Kurung in Navy

5. Shyla Kurung in Blush

6. Serene Kurung in Steel Grey

7. Freya Kurung in Wheat

8. Sandria Kurung in Almond

9. Samara Kurung in Black

10. Camden Kurung in Brick Orange

11. Camden Kurung in Soft Yellow

12. Faith Kurung in Blush

14. Calista Kurung in Black

15. Celeste Kurung in Dusty Teal

16. Francesca Kurung in Black

17. Fayette Kurung in Mauve

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: