Siakap Keli
alamak kamus oxford
Kredit: The Columnist

Perkataan ‘Alamak’, ‘Mat Rempit’, ‘Tapau’ Kini Dalam Kamus Inggeris Oxford

Perkataan ‘Alamak’, ‘Mat Rempit’, ‘Tapau’ Kini Dalam Kamus Inggeris Oxford

Oxford University Press mengemas kini perkataan baharu yang dimasukkan ke dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford (OED). Beberapa perkataan baharu ini disifatkan sebagai ‘perkataan yang tidak dapat diterjemah’.

Selain daripada beberapa perkataan yang diserap daripada Bahasa Tagalog dan Bahasa Afrikaans, rupa-rupanya beberapa Bahasa Melayu turut diserap.

OED meletakkan perkataan ‘alamak’ dalam bahagian percakapan atau basahan bagi membawa maksud terkejut, terperanjat, kecewa atau marah. Perkataan ini pertama kali diguna pakai pada tahun 1952.

Selain itu, perkataan ‘mat rempit’ turut dimasukkan ke dalam kamus tersebut. Dengan merujuk kepada penggunaan pada tahun 2004, OED meletakkan maksud ‘mat rempit’ sebagai seorang lelaki (kebiasaannya usia muda) yang terlibat dalam perlumbaan haram motosikal di jalanan dan membuat aksi berbahaya.

Bagi perkataan ‘tapau’ pula, ia dilabelkan sebagai kata transitif dan tak transitif. Perkataan ini bermaksud membawa makanan atau minuman keluar dari restoran atau kedai yang menyediakan hidangan tersebut. Ia bertujuan untuk menikmati hidangan di luar premis terbabit.

Di samping ketiga-tiga perkataan ini, terdapat 10 lagi perkataan Bahasa Melayu yang diserap masuk ke dalam kamus tersebut antaranya nama-nama hidangan tempatan.

Jika anda seorang penterjemah menu, senarai perkataan ini dapat membantu anda dalam memutuskan sama ada nama menu perlu diterjemah atau tidak.

Dalam OED, nama menu ‘fish head curry’, ‘half-boiled egg’, ‘kaya’ and ‘kaya toast’ telah dimasukkan sebagai kata nama. Begitu juga perkataan ‘ketupat’, ‘nasi lemak’, ‘otak-otak’ dan ‘steamboat’.

Antara perkataan yang menarik kali ini, OED turut mengiktiraf penggunaan ‘terror’ sebagai kata adjektif. ‘Teror’ digunakan bagi membawa maksud teruk atau dahsyat. Perkataan ini juga dikenal pasti sering diguna pakai bersama perkataan ‘wah’ atau diikuti dengan perkataan ‘lah’.

Perkataan ini juga mempunyai maksud kedua iaitu istilah umum bagi pujian yang menunjukkan sesuatu yang cemerlang atau mengagumkan.

BACA: Ini 10 Perkataan Melayu Klasik Yang Sudah Jarang Digunakan

BACA: Tidak Guna Bahasa Melayu Dalam Urusan Rasmi Umpama Tidak Hormat Perlembagaan – DBP

Sumber: Oxford English Dictionary (OED)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.