Siakap Keli
bisnes kos tinggi

Peniaga Nak ‘Stop’ Bisnes Sebab Kos Tinggi Jual Murah, Lega Jumpa Cara Nak Setel

Peniaga Nak ‘Stop’ Bisnes Sebab Kos Tinggi Jual Murah, Lega Jumpa Cara Nak Setel

Bidang keusahawanan kini telah menjadi pilihan ramai orang untuk menjana pendapatan, sama ada secara sepenuh masa ataupun sekadar secara sambilan. Pun begitu, ceburi bidang keusahawanan tidaklah sebegitu indah seperti yang terpapar di sosial media ataupun kedengaran di bibir-bibir sesetengah masyarakat. Sebagai seorang peniaga atau usahawan, mereka perlu memikirkan tentang pelbagai kos, termasuklah bahan mentah, yang kian lama makin meningkat harganya. Namun, peniaga juga perlu memikirkan harga yang sesuai supaya pelanggan yang sedia ada tidak lari.

Cabaran terbesarnya adalah peniaga memerlukan modal yang lebih berbanding sebelum ini untuk menampung kenaikan harga barang. Dilema inilah yang sering dihadapi peniaga, kos yang dikeluarkan tinggi, tapi terpaksa menjual dengan harga yang murah. Malah, ada juga peniaga yang sudah berfikir untuk berhenti berniaga, daripada terus terheret dengan kerugian yang saban hari dialaminya.

“Buat apa lagi nak berniaga kalau asyik rugi, duit modal pun tak dapat balik, sudahnya duit simpanan juga kena keluarkan”

bisnes kos tinggi

Itulah antara luahan peniaga yang terkesan dengan impak ekonomi pada waktu ini. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak sepatunya terhenti setakat ini. Hal ini kerana pasti ada jalan penyelesaian kepada isu yang membelenggu para peniaga. Banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan pihak-pihak bertanggungjawab untuk membantu peniaga. 

Antara inisiatif yang kita nampak paling hampir sekarang adalah melalui Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang menganjurkan Wakaf MARA MADANI, iaitu agenda pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB 2024).

Agenda ini juga bertujuan untuk membudayakan wakaf dalam kalangan umat Islam bagi memperkasakan sosioekonomi negara. Hasil dana Wakaf MARA MADANI akan digunakan untuk membangunkan beberapa sosio-ekonomi Bumiputera. Salah satunya adalah dalam bidang keusahawanan.

Bagaimana Wakaf MARA MADANI Bantu Usahawan dan Peniaga

MARA sememangnya dikenali sebagai sebuah agensi pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera yang mempunyai ekosistem keusahawanan yang lengkap merangkumi pembiayaan perniagaan, latihan dan bimbingan keusahawanan hinggalah menyediakan infrastruktur perniagaan seperti premis dan kilang. Selain itu, MARA juga mempunyai program khas dengan konglomerat besar seperti Petronas.  

Di bawah Wakaf MARA MADANI terdapat 6 cangkupan agihan manfaat iaitu Pendidikan, Keusahawanan, Kesihatan, Kebajikan, Pengangkutan dan Aset Wakaf. Keusahawanan menjadi salah satu tumpuan utama kerana peranan dan impak kepada sosio-ekonomi adalah signifikan dalam jangka masa sederhana dan panjang. Oleh itu, MARA merancang agihan manfaat Wakaf MARA MADANI di bawah skop Keusahawanan akan memberikan lonjakan capacity and capability bagi membolehkan usahawan Bumiputera bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Usahawan-usahawan yang berminat untuk memajukan perniagaan mereka bolehlah mendapatkan info lanjut berkenaan bentuk-bentuk manfaat Wakaf MARA MADANI yang akan dikeaskini dari masa ke semasa dengan melayari laman sesawang Majlis Amanah Rakyat atau emel sebarang pertanyaan kepada [email protected]

Wakaf MARA MADANI telah diluncurkan bersempena Hari MARA Ke-59

Pada 15 Mac yang lalu, Wakaf MARA MADANI secara rasminya telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim. Menariknya, inisiatif ini diluncurkan bersempena sambutan ulang tahun MARA ke-59.

Menurut Perdana Menteri, institusi wakaf adalah sebahagian daripada warisan umat Islam dalam membina kekuatan dari peringkat akar umbi bagi membantu martabatkan serta menentukan agenda bangsa Melayu dan Bumiputera.

Dalam masa sama, Kerajaan turut memberi dukungan dengan menyalurkan geran RM100 juta sebagai modal pemula untuk membina ekosistem wakaf yang telus, amanah dan lestari.

bisnes kos tinggi

Menurut Timbalan Perdana Menteri (TPM) merangkap Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pelbagai sektor yang akan mendapat manfaat melalui pelaksanaan inisiatif ini.

“Dalam fasa awal pelaksanaan Wakaf MARA MADANI, manfaat wakaf akan disalurkan ke pelbagai sektor utama, termasuk pendidikan, keusahawanan, kebajikan, kesihatan, pengangkutan, serta pembangunan aset wakaf. Antara inisiatif utama adalah bantuan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi.”

Bagi Pengerusi MARA pula, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap pelancaran inisiatif ini dapat mengangkat makna ihsan dan kemanusian ke tahap yang lebih tinggi. Tambah beliau, ia bukan sekadar inisiatif kewangan, tapi satu sudut kolektif untuk memastikan pendidikan dan pembangunan keusahawanan bumiputera terus berkembang.

Dr Asyraf juga berharap agar insiatif ini mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin kepada agenda besar yang memperkasa modal insan bumiputera.

bisnes kos tinggi

Secara keseluruhannya, Wakaf MARA MADANI mendapat sokongan dari pelbagai pihak dek kerana pendekatannya yang memihak semula kepada masyarakat. Inisiatif ini juga diyakini mampu membantu usahawan-usahawan keluar dari belenggu kewangan dan mampu bernafas semula dalam bidang perniagaan yang semakin mencabar sekarang. Inisiatif ini juga diharapkan dapat diterima baik daripada semua pihak untuk sama-sama menyumbang dan lebih ramai orang mendapat manfaat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: