Siakap Keli
Batal Niat Sambung Belajar
Gambar Hiasan via Bernama

Tolak Tepi Surat Tawaran, Sedih Bila Tahu Ada Yang Batal Niat Sambung Belajar Sebab Perkara Ini

Tolak Tepi Surat Tawaran, Sedih Bila Tahu Ada Yang Batal Niat Sambung Belajar Sebab Perkara Ini

Melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sememangnya impian dan cita-cita yang telah diterapkan ketika di bangku sekolah lagi. Ramai yakin dengan melanjutkan pelajaran boleh mengubah masa depan, bergantung dengan bagaimana dia mempraktikkan ilmu pengetahuan yang ditimba. Walau bagaimanapun, untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, ada juga pengorbanan yang perlu dilakukan, antaranya ialah berkorban dari segi wang ringgit yang diperlukan untuk membayar segala kos. Antaranya ialah kos yuran pengajian, perjalanan ke kampus, keperluan sepanjang pengajian, malah kos makan di kampus juga perlu diambil kira.

Jadi, tidak hairanlah jika ada pelajar daripada keluarga yang tidak berkemampuan, terpaksa tolak tepi surat tawaran, kerana bimbang diri dan keluarga tidak mampu menampung kos-kos tersebut. 

“Bukan taknak belajar, bukan dah tak minat nak belajar, tapi harga pelajaran lebih mahal daripada harapan”

Sudahnya, perjalanan menimba ilmu bagi seseorang itu terbantut di tengah jalan disebabkan memikirkan kos tinggi yang perlu ditanggung. Walau bagaimanapun, pasti ada jalan untuk menyambung pelajaran dan tidak perlu terlalu bimbang dengan kos yang perlu ditanggung.

Di Malaysia, banyak agensi, jabatan, persatuan yang membantu golongan-golongan tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Yang paling jelas kita lihat sekarang adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA) sedang bertungkus-lumus menyebarluaskan mengenai inisiatif Wakaf MARA MADANI kepada orang ramai. Untuk pengetahuan semua, Wakaf MARA MADANI adalah hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB 2024) untuk membudayakan wakaf dalam kalangan umat Islam bagi memperkasakan sosioekonomi negara.

Melalui inisiatif ini, hasil dana Wakaf MARA MADANI akan digunakan untuk membangunkan sosio-ekonomi Bumiputera di dalam 6 cakupan. Antaranya adalah pendidikan, keusahawanan, pengangkutan, kebajikan, aset wakaf dan juga kesihatan.

Batal Niat Sambung Belajar

Bagaimana Wakaf MARA MADANI bantu pelajar tidak berkemampuan lanjut pelajaran?

Melihat semula 6 cakupan inisiatif ini, salah satunya adalah elemen pendidikan, di mana hasil sumbangan turut digunakan untuk memperkasakan pelajaran di dalam kalangan masyarakat, terutamanya bagi yang tidak berkemampuan.

Pembiayaan Yuran Pengajian

Bagi pelajar-pelajar yang sudah menerima surat tawaran, tak perlu risau tentang kos yuran pengajian yang perlu dibayar seawal kemasukan kerana Wakaf MARA MADANI akan membantu dalam perkara ini. Hasil dana yang disumbangkan oleh orang ramai, ada peruntukan yang dibawa ke dalam sektor pendidikan dan salah satu membantu dari segi bayaran yuran pengajian. Pembiayaan ini bertujuan pastikan pelajar dari golongan B40 dan mereka yang menghadapi masalah kewangan dapat teruskan pengajian tanpa halangan.

Bantuan Keperluan Pengajian

Selain menanggung yuran, inisiatif ini juga membantu dari segi keperluan pelajar sepanjang berada di kampus. Seorang pelajar memerlukan peralatan-peralatan lengkap seperti alat tulis, komputer riba, buku dan beberapa peralatan lain untuk melancarkan aktiviti pengajiannya. Dengan bantuan ini, diharapkan pelajar dapat menumpukan perhatian dan lebih efektif terutamanya dalam era pembelajaran digital.

Batal Niat Sambung Belajar

Bantuan Latihan Kemahiran

Bagi pelajar yang ingin meningkatkan keupayaan mereka dalam bidang teknikal dan vokasional, Wakaf MARA MADANI turut memberi bantuan berbentuk latihan kemahiran. Bantuan ini termasuk penyertaan kursus-kursus kemahiran seperti teknologi maklumat, kejuruteraan, automotif dan bidang lain yang diyakini mampu menonojolkan kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja.

Bantuan Kepada Pelajar Luar Bandar

Pelajar luar bandar sering menghadapi cabaran dari segi akses pendidikan berkualiti. Namun, sekarang tidak perlu dirisaukan kerana Wakaf MARA MADANI menyediakan pelbagai sokongan termasuk biasiswa, bantuan pengangkutan, serta pembangunan infrastruktur sekolah dan pusat pendidikan. Ini membantu kurangkan jurang pendidikan antara pelajar bandar dan luar bandar.

Biasiswa dan Geran Pendidikan

Wakaf MARA MADANI juga menawarkan biasiswa dan geran pendidikan kepada pelajar cemerlang dalam akademik ataupun yang mempunyai keperluan kewangan. Biasiswa akan digunakan untuk bantu pelajar lanjutkan pelajaran, manakala geran pendidikan boleh digunakan untuk penyelidikan atau program khas yang memberi manfaat kepada perkembangan akademik mereka.

Batal Niat Sambung Belajar

Setiap orang berhak untuk menyambung pelajaran yang lebih tinggi, namun tidak semua orang mampu untuk merealisasikannya. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi, Pengerusi MARA, kos awal untuk masuk ke institusi pendidikan memerlukan perbelanjaan yang besar, tidak kurang RM1,500 hingga RM2,000.

“Sering kali tawaran ke MRSM dan IPT ditolak kerana tidak mampu menyediakan perbelanjaan seperti ini. Sebab itulah Wakaf MARA diwujudkan untuk menggembleng dana bagi maksud dan tujuan seperti ini.”

Wakaf MARA MADANI bukan hanya memberi peluang kepada individu, tetapi juga membuka jalan untuk masa depan yang lebih cerah dan sejahtera, serta memperkasakan pendidikan sebagai asas kepada kemajuan sosio ekonomi negara.

Secara keseluruhannya, Wakaf MARA MADANI sangat memberi impak dalam bidang pendidikan terutamanya membantu golongan tidak berkemampuan untuk menyambung pelajaran. Tambahan lagi, Wakaf MARA MADANI menerima pelbagai bentuk wakaf seperti 8 cara seperti di dalam gambar di bawah:

Wakaf MARA MADANI akan dilancarkan pada 15 Mac 2025 melalui Majlis Peluncuran Wakaf MARA MADANI yang akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Inisiatif ini diharapkan mendapat sambutan baik daripada semua pihak untuk sama-sama menyumbang dan lebih ramai orang mendapat manfaat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan INI.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: