Gempa Bumi Di Myanmar: Angka Korban Cecah 700 Orang
YANGON — Angka korban akibat gempa bumi kuat yang berlaku di Myanmar pada Jumaat, kini mencecah 700 orang setakat ini, lapor AFP.
Difahamkan, pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan bangunan, termasuk di kawasan Mandalay yang menjadi antara lokasi paling teruk terjejas akibat gempa.
Di Myanmar, angka korban yang dilaporkan terkini seramai 694 orang dengan mangsa yang cedera sekurang-kurang 1,700 orang.
Manakala 10 orang disahkan maut di Bangkok, ibu kota Thailand, selepas sebuah bangunan tinggi yang sedang dalam pembinaan runtuh.
Angka korban dijangka terus meningkat susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih dijalankan.
Berita lanjut menyusul
Sumber: AFP via The Guardian