Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Keadaan Anggota Bomba
Kredit: Facebook Pang Lima Sungai
Tiada Kategori

“Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan

Siti Nur Ain Natasya

“Hero” Operasi Padam Kebakaran Dahsyat Di Putra Heights Jadi Tumpuan

Putra Heights digemparkan dengan letupan kuat pada pagi 1 April, yang mencetuskan kebakaran besar sehingga api menjulang setinggi 30 meter.

Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan teruk kepada rumah dan kenderaan.

Malah, ia turut mencetuskan panik dalam kalangan penduduk setempat yang cemas melihat kemusnahan berlaku di depan mata.

Dalam kekalutan itu, anggota bomba tampil sebagai barisan hadapan.

Mereka mempertaruhkan nyawa, berdepan dengan bahang api yang marak untuk mengawal kebakaran dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Baru-baru ini, rakaman video yang memaparkan detik anggota bomba terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video tersebut, kelihatan beberapa anggota bomba duduk termenung dalam keletihan.

Sementara itu, ada yang tertidur seketika di lokasi kejadian bagi mengembalikan tenaga setelah bertarung dengan api yang ganas.

https://www.facebook.com/reel/1313367446611422

https://www.facebook.com/reel/639859872228897

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kesejahteraan anggota yang terlibat.

Warga maya juga berharap agar segala urusan mangsa yang terjejas dipermudahkan.

Api dipadam dalam 24 jam, siasatan diteruskan

Menurut laporan Bernama, kebakaran besar ini berjaya dikawal sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

Kini, pihak berkuasa sedang giat menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar letupan yang membawa kepada kebakaran dahsyat ini.

Beberapa agensi berkaitan telah mula mengumpul bukti di lokasi kejadian untuk mendapatkan gambaran jelas tentang apa yang berlaku.

Sementara itu, penduduk yang terjejas telah dipindahkan ke lokasi selamat. Manakala, sebahagian daripada mereka menerima rawatan di hospital akibat kecederaan dan kesan terhidu asap tebal.

BACA: Kebakaran Putra Heights: 111 Mangsa Terima Rawatan Di Hospital

BACA: Chery Malaysia Sediakan 50 Kereta Untuk Kegunaan Mangsa Kebakaran

BACA: Bukan Calang-Calang, Begini Ujian Pemilihan Anggota SMART

Sumber: Pang Lima Sungai via Facebook (1) (2)