Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 5 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Johor dan Sarawak.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak pula, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang.

“Sementara itu, Terengganu membabitkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, selain Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin di Pahang.

“Di Johor, cuaca buruk dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Di sisi lain, kawasan terlibat di Sarawak adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang.

BACA: Bantuan Buat Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

BACA: Mohamad Sabu Minta Mangsa Kebakaran Putra Heights Buat Laporan Polis

BACA: Kaunter Bergerak JPJ Bantu Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Ganti Dokumen

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.