Siakap Keli
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Petang Ini

Hujan Lebat Diramal Landa Lima Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan ramalan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melibatkan lima negeri dan dua Wilayah Persekutuan sehingga jam 5 petang ini.

Menurut METMalaysia, negeri yang terlibat adalah Perak, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah termasuk keseluruhan kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya. 

“Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Negeri Sembilan pula di daerah Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Bagi Sarawak, kawasan yang diramal hujan seperti Kuching, Serian (Tebedu), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah, Kapit (Belaga), Bintulu dan Miri (Telang Usan).

“Beralih ke Sabah, kawasan yang terlibat adalah Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan),” maklum METMalaysia dalam kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid023rtBdMkg9VoDuWqvusME1VKnKR3FLk8FNN6LxQfpBWFoF1aL52uaMpXYi6bh2pZPl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Kebakaran Putra Heights: Polis Sahkan Terdapat Aktiviti Korek Tanah

BACA: De Bruyne Ucap Selamat Tinggal Kepada The Citizens

BACA: Agong Berkenan Serah Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Kebakaran Putra Heights

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.