De Bruyne Ucap Selamat Tinggal Kepada The Citizens
Pemain tengah, Kevin De Bruyne mengumumkan bahawa dia bakal meninggalkan kelab Manchester City pada penghujung musim ini.
Perkara itu disahkan dalam satu hantaran di media sosial miliknya, bahawa perancang tengah itu akan menjalani bulan-bulan terakhirnya sebagai pemain Manchester City.
https://www.instagram.com/p/DIBaMKEI3nJ/?hl=en&img_index=2
Untuk makluman, De Bruyne menyertai The Citizen pada pada Ogos 2015 selepas berpindah dari kelab Wolfsburg.
Jantung City
Perpindahannya ke City menjadi salah satu perpindahan paling berbaloi dibuat kelab itu, di mana dia merupakan jantung pasukan dan telah membuat 413 penampilan bersama kelab dalam semua pertandingan.
Kredibiliti De Bruyne di atas padang sememangnya tidak dapat dinafikan apabila dia menjadi tonggak penting dalam meraih kejuaraan ‘treble’ musim 2022-23 selain telah memenangi 16 trofi termasuk enam gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), satu kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah (UCL), dua Piala FA dan lima Piala Liga Inggeris (EFL).
Dalam pada itu, dia juga menjaringkan 106 gol dan 169 bantuan jaringan dalam semua pertandingan bersama City.
Pemain berusia 34 tahun itu menjadi pemain tercepat mencecah 100 gol dalam Liga Perdana Inggeris pada April 2023, hanya dalam 237 perlawanan.
Sumber: Stadium Astro