Siakap Keli
cara semak sara
Kredit: Bernama

Cara Semak Kelayakan Bantuan Tambahan SARA 2025

Cara Semak Kelayakan Bantuan Tambahan SARA 2025

Baru-baru ini, Kementerian Kewangan telah mengumumkan pemberian bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang bakal disalurkan kepada 5.4 juta penerima bermula 1 April. Bantuan ini boleh digunakan oleh penerima menerusi MyKad di premis perniagaan berdaftar seluruh negara, termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Penerima yang layak bakal menerima bantuan SARA secara keseluruhannya bernilai RM2,100 bagi tahun 2025.

Berikut SK kongsikan beberapa cara mudah bagi menyemak status kelayakan bantuan SARA tanpa perlu ke kaunter. Pastikan anda menyemak status kelayakan di laman sesawang rasmi yang disediakan pihak kerajaan.

Pertama sekali, layari laman sesawang MyKasih di sini. Kemudian, isikan nombor kad pengenalan anda di tempat kosong seperti gambar di bawah. Nombor kad pengenalan perlu diisi tanpa tanda ‘-‘.

Selepas nombor kad pengenalan diisi, tekan butang ‘Semakan Status’. Laman sesawang akan memaparkan keputusan status seperti di bawah bagi yang layak.

Biarpun anda berstatus layak menerima bantuan, penting untuk anda ketahui kategori bantuan SARA anda bagi tahun 2025.

Jika anda penerima SARA sedia ada dalam rekod eKasih dan sudah mula menerima bantuan sejak Januari 2025, anda akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM50 sebulan bagi golongan warga emas tiada pasangan. Bagi penerima kategori isi rumah, anda akan menerima bantuan tambahan sebanyak RM100 sebulan.

Manakala jika anda penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih, anda akan menerima bantuan baharu bermula 1 April 2025. Kerajaan akan menyalurkan RM50 sebulan bagi golongan warga emas tiada pasangan, dan RM100 sebulan untuk penerima kategori isi rumah.

Kredit: LHDN

Tidak tahu di mana arah tuju untuk menggunakan bantuan kewangan ini? Anda boleh semak senarai kedai MyKasih di setiap negeri di sini. Pastikan anda kunjungi kedai runcit yang berdaftar sahaja. Anda juga boleh menyemak senarai barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan yang diterima di sini.

Berikut SK kongsikan pula cara pembelian barang keperluan yang perlu anda ikuti.

Anda boleh memilih barang keperluan berdasarkan senarai yang telah dikeluarkan. Pastikan produk tersebut mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. Setelah selesai memilih, anda boleh terus ke kaunter untuk pembayaran.

Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk proses semakan terlebih dahulu. Selepas itu, juruwang akan mengimbas kod barangan yang telah anda pilih.

Setelah juruwang selesai mengimbas barangan yang ingin dibeli, lakukan pembayaran menggunakan MyKad anda. Anda perlu masukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. Pembelian anda selesai.

Sebagai peringatan, pembayaran menggunakan bantuan SARA hanya tertakluk kepada barang keperluan yang tersenarai. Anda perlu membayar sendiri produk yang tidak tersenarai dan jika pembelian tersebut melebihi baki semasa SARA anda.

Baki semasa SARA boleh disemak menerusi resit pembelian.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Semak MyKasih,

BACA: Senarai Barangan MyKasih 2025 Yang Boleh Dibeli

BACA: Ini Senarai Kedai MyKasih 2025 Di Setiap Negeri

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.