Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
buli mrsm
Kredit: Facebook

Dakwaan Kes Buli Di MRSM, Pelajar Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas

Azizah Najib

Dakwaan Kes Buli Di MRSM, Pelajar Terlibat Akan Dikenakan Tindakan Tegas

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan berlaku kejadian buli di salah sebuah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di utara negara.

Menerusi laman Facebook rasmi beliau petang tadi, Dr Asyraf berkata tindakan tegas akan diambil oleh pihaknya susulan kejadian itu.

“MARA memandang serius insiden ini. Kita tidak akan berkompromi dengan sebarang perlakuan buli, tidak kira siapa pelakunya,” jelas beliau.

Sejurus menerima laporan kejadian berkenaan, beliau mengarahkan siasatan segera pihak pengurusan MARA dan Bahagian Pendidikan Menengah.

“Hasil daripada siasatan tersebut, saya baru sahaja menerima laporan penuh bahawa memang benar peristiwa buli itu berlaku di salah sebuah MRSM di sebelah utara tanah air.

“Saya telah mengarahkan supaya suatu siasatan terperinci dilakukan. Dalam proses siasatan ini, pelajar-pelajar yang terbabit mesti digantung terlebih dahulu agar pertama, tidak mengganggu proses siasatan. Kedua, memberikan mesej yang jelas bahawa kita tidak boleh berkompromi dalam isu terbabit,” tambahnya.

BACA: Kebakaran Saluran Gas: Mangsa Terima Tambahan Bantuan RM5,000 & RM2,500 Daripada Petronas

Beliau turut menegaskan jika pelajar-pelajar berkenaan didapati bersalah, pihak MARA dan MRSM tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil.

“Saya ingin mengingatkan kepada semua pelajar-pelajar sama ada di MRSM mahupun di mana-mana institusi pendidikan MARA, saya telah tegaskan beberapa kali, prinsip ‘You Touch, You Go’.

“Kita tidak boleh kompromikan sebarang bentuk buli ataupun sebarang budaya buli dalam apa juga bentuk sama ada fizikal mahupun mental untuk berlaku di mana-mana institusi pendidikan MARA,” katanya.

Menerusi kenyataan tersebut, Asyraf menjelaskan pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap pihak yang cuba membudayakan buli dalam sebarang bentuk di institusi yang menjadi medan melahirkan pemimpin negara.

“Mana mungkin kita nak melahirkan pemimpin yang dangkal akal budinya dan tercemar adab dan perilaku akhlaknya,” ujarnya.

Terdahulu, tular video yang memaparkan beberapa pelajar disyaki membuli rakannya yang sedang tidur di atas katil.

BACA: Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wanita Di Senawang

BACA: Nahas Terowong Menora: Polis Akan Rakam Keterangan Suami Mangsa

Sumber: Facebook Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki