Siakap Keli
lipas cyborg singapura myanmar
Gambar: Home Team Science and Technology Agency (HTX)

Singapura Kerah Lipas Cyborg Bantu Cari Mangsa Gempa Myanmar

Singapura Kerah Lipas Cyborg Bantu Cari Mangsa Gempa Myanmar

Sebanyak 10 ekor lipas cyborg dari Singapura dikerah ke Myanmar untuk membantu usaha mencari dan menyelamat selepas negara itu digegar gempa bumi kuat 7.7 magnitud, 28 Mac lalu.

Menurut The Straits Times, serangga tersebut diterbangkan ke Myanmar pada 30 Mac dan menyertai Operasi Lionheart bersama Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) di lokasi bencana.

Difahamkan, penglibatan serangga-robot hibrid dan cyborg seperti itu dalam misi kemanusian adalah yang kali pertama seumpamanya di dunia.

Teknologi berkenaan dibangunkan oleh Home Team Science and Technology Agency (HTX) bersama Universiti Teknologi Nanyang dan Klass Engineering and Solutions.

Singapura guna lipas cyborg bantu kesan mangsa gempa bumi Myanmar

Lipas Cyborg tersebut terlibat dalam operasi buat pertama kali pada 31 Mac dan digunakan dua kali pada 3 April di Naypyitaw.

Walaupun lipas cyborg itu tidak menemui mangsa yang selamat, namun teknologi berkenaan berjaya membantu SCDF mengakses kawasan-kawasan yang terjejas teruk.

Dilengkapi dengan kamera, lipas spesis Madagascar itu mempunyai saiz kira-kira 6 sentimeter (cm).

Dengan saiz yang kecil, lipas tersebut boleh dikawal untuk bergerak melalui kawasan sempit seperti di bawah runtuhan bangunan.

Menurut The Straits Times lagi, set elektrod digunakan untuk merangsang lipas tersebut dan mengawal pergerakan haiwan berkenaan.

Diproses menggunakan algoritma mesin pembelajaran

Maklumat yang dikumpul menerusi kamera dan penderia yang dipasang di atas lipas itu kemudian diproses oleh algoritma mesim pembelajaran, yang boleh menentukan sama ada wujud tanda-tanda kehidupan di bawah runtuhan.

Selepas itu, maklumat tersebut dihantar ke secara nirwayar kepada pasukan jurutera yang mengawal robot berkenaan dan disalurkan kepada pasukan penyelamat untuk operasi selanjutnya.

Teknologi berkenaan sebelum ini pertama kali membuat penampilan di Milipol Asia-Pacific and TechX Summit di Singapura pada 2024 dan dijadual mula beroperasi pada 2026.

Biarpun masih di peringkat penyelidikan dan pembangunan, gempa dahsyat yang melanda Myanmar menyaksikan pembangunan teknologi itu dipercepat untuk membantu operasi SCDF.

BACA: Anggota Tentera Mengaku Tidak Bersalah Tumbuk Wanita Di Senawang

Sumber: The Straits Times Singapore

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.