China, Jepun & Korea Selatan Adakan Perbincangan Di Kuala Lumpur Susulan Tarif Dikenakan AS
KUALA LUMPUR, (BERNAMA) — Baru-baru ini tiga negara yang mempunyai pasaran terbesar dunia bersepakat susulan penguatkuasaan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat yang kini memberikan impak negatif terhadap ekonomi global.
China, Jepun dan Korea Selatan mengadakan perjumpaan buat kali pertama pada 30 Mac yang lalu selepas Presiden AS mengenakan tarif sebanyak 10 peratus kepada semua negara yang ingin memasuki pasaran AS.
Namun terdapat beberapa negara yang dicaj kadar tarif tinggi dari yang lain, seperti China sebanyak 34 peratus terhadap import dan Jepun sebanyak 24 peratus ke atas caj duti, manakala Korea Selatan perlu membayar sebanyak 25 peratus kadar tarif.
Dengan keadaan ekonomi yang tidak stabil, penguatkuasaan tarif ini hanya meningkatkan lagi pasaran global serta mengganggu pasaran perdagangan, bisnes, keupayaan pembeli dengan peningkatan kos sara hidup dan hubungan diplomatik.
Sehingga semalam, dilaporkan pasaran global telah mengutip sebanyak USD 10 trilion (RM45 trilion) daripada pasaran utama.
Selain itu, Malaysia turut terkesan dengan caj tarif sehingga kita kehilangan sebanyak RM93.15 bilion dalam pasaran saham dunia.
Selanjutnya, mesyuarat di antara tiga negara itu bakal dihadiri oleh Menteri Kewangan Ke-12 ASEAN, Mesyuarat Gabenor Bank Pusat, Naib Menteri Kewangan China, Liao Min, Naib Menteri Kewangan Jepun, Atsushi Mimura dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Korea Selatan dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Choi Jiyoung.
Dikhabarkan mesyuarat yang bakal berlangsung hari ini dibahagikan kepada dua sesi berlainan melibatkan ketiga-tiga wakil negara ASEAN iaitu dalam Mesyuarat Kewangan dan Mesyuarat Timbalan Bank Pusat (AFCDM).
Mesyuarat antara China, Jepun dan Korea Selatan ini adalah komunikasi pertama antara mereka dalam tempoh lima tahun. Bagi menyokong keadaan ekonomi di negara masing-masing, mereka bekerjasama bagi menangani cabaran kepada pasaran global yang dimulakan oleh AS.
Dalam pada itu, dijangkakan AS bakal kenakan caj duti sebanyak 54 peratus kepada kemasukan barang dari China di mana negara itu bertindak balas dengan tarif 34 peratus ke atas barangan import dari AS bermula 10 April ini sementara Korea Selatan masih kekal dengan caj tarif 25 peratus.
Sumber: Bernama Biz