Siakap Keli
kabel dicuri erl
Gambar: Bernama

Kabel Dicuri, Perkhidmatan ERL Alami Gangguan

Kabel Dicuri, Perkhidmatan ERL Alami Gangguan

KUALA LUMPUR —  Perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengalami gangguan susulan kabel perkhidmatan kereta api berkenaan dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab.

Perkara itu disahkan oleh ERL dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya, KLIA Express hari ini.

Kata ERL, perkhidmatan pengantara antara stesen Putrajaya dan Cyberjaya dan KL Sentral disediakan bermula jam 6 pagi dengan kekerapan selama 20 minit.

Manakala perkhidmatan pengantara antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disediakan bermula jam 6.20 pagi dengan kekerapan selama 20 minit.

“Penumpang dinasihatkan supaya mencari pengangkutan alternatif dan merancang perjalanan mereka.

“Vandelisme kabel dipotong berlaku lagi pada pagi ini yang mana ia akan memberi kesan kepada kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit.

“Berikutan isu teknikal, semua perkhidmatan kereta api digantung sementara waktu. (penumpang) diminta merujuk kepada kaunter tiket atau rujuk status perkhidmatan tren di (platform) X,” maklum KLIA Express dalam kenyataan tersebut.

Semalam, ERL mengesahkan terdapat vandelisme apabila kabelnya di KM48.5, antara stesen Salak Tinggi dan Terminal 1 KLIA, dipotong pada jam 6.20 pagi.

Susulan itu, perkhidmatan KLIA Ekspress dan KLIA Transit digabungkan pada jam 6.58 pagi dari Terminal 2 KLIA dan jam 7 pagi dari KL Sentral pada Selasa.

Difahamkan, pada jam 10 pagi semalam, perkhidmatan tren disambung semula dari KL Sentral dan 9.48 pagi dari Terminal 2 KLIA.

https://www.facebook.com/KLIAekspres/posts/pfbid0afnJHaBgvLmFuYmGhLESJkBRwosXPCm1aPwcTNYbg4dn6BcqEJnDwHUzeRdUUJfXl

Sumber: KLIA Express

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.