Siakap Keli
maintenance fee
Kredit: TikTok @staywokeproperty 

Liat Bayar Maintenance Fee, Kondo Ini Dedah ‘Insan Bertuah’ Guna Skrin Besar

Liat Bayar Maintenance Fee, Kondo Ini Dedah ‘Insan Bertuah’ Guna Skrin Besar

Di Malaysia, terutama di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur, bayaran penyelenggaraan atau maintenance fee untuk pemilik unit kondominium memang sudah jadi perkara biasa.

Ia adalah bayaran bulanan yang wajib dibayar oleh pemilik hartanah bertingkat bagi memastikan kawasan kediaman sentiasa dijaga rapi.

Ini termasuklah penyelenggaraan lif, kawalan keselamatan, pembersihan kawasan awam dan banyak lagi.

Namun begitu, realitinya masih ramai pemilik unit yang liat untuk membuat bayaran ini.

Akibatnya, pihak pengurusan terpaksa mengambil langkah-langkah tertentu demi memastikan mereka yang culas ini bertanggungjawab terhadap kewajipan masing-masing.

“Ingkar Award”

Baru-baru ini, sebuah kondominium mengambil tindakan luar biasa apabila menyenaraikan pemilik unit yang gagal membayar yuran penyelenggaraan menggunakan skrin digital bersaiz besar yang diletakkan di kawasan awam.

Tindakan tersebut dirakam oleh orang awam dan pantas menjadi tular di media sosial, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi daripada warga maya.

Kebiasaannya, senarai seperti ini hanya dilekatkan pada papan kenyataan atau tampal dalam lif. Namun, pendekatan yang diambil oleh kondominium ini dilihat lebih “terang dan jelas”.

@staywokeproperty

You won’t wanna have your name on that board. 👀 Maintenance fees keep our homes safe, clean, and running smoothly. From functioning elevators to well-lit corridors, it all adds up. Let’s do our bit to keep our community thriving. 💙 #staywokeproperty #staywokeprop #houserental #rentalproperty #rental #FamilyHome #KualaLumpur #LandedProperty #kl #HouseForSale #HonestReview #CondoReview #PerfectHome #FamilyLiving #KLLiving #RentalMarket #propertyreview #propertymalaysia #ConvenientLiving #condo #CommunityFirst #maintenancematters #ResponsibleLiving #maintenance #pov #payyourbills #aninternmadethis

♬ original sound – staywokeproperty – staywokeproperty

Ruangan komen di media sosial dipenuhi pelbagai reaksi. Ada yang terkejut, ada yang geli hati, dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tegas itu.

“Yang ni lagi mantap. Saya ingat apartment saya je buat macam tu. Dia list rumah mana yang tak bayar, tampal dekat buletin board bawah setiap blok,”

“Teres pun ada maintenance ya. Tolonglah bayar. Saya bekas JMB. Bayaran anda tu penting nak bayar gaji pengawal, tukang kebun, pest control, repair jalan dan CCTV,”

“Rumah lama saya letak senarai tu dalam lif, siap ada nombor rumah dan jumlah tertunggak. Paling terkejut bila ada unit yang tunggakan sampai lebih RM100,000. Tak pernah bayar sejak beli rumah,”

Ramai mungkin tak sedar bahawa yuran penyelenggaraan bukanlah bayaran suka-suka.

Ia adalah tanggungjawab bersama untuk memastikan persekitaran kediaman sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan selesa.

Bila terlalu ramai enggan bayar, kesannya akan dirasai semua—lampu kawasan mati tak diganti, lif rosak lambat dibaiki, pagar keselamatan tak berfungsi dan macam-macam lagi.

BACA: Pengulas Politik AS, Bill O’Reilly ‘Titip Pesan’ Buat Presiden China

BACA: Kerajaan Indonesia ‘Buka Mulut’ Isu Jet Tempur Rusia Di Indonesia

BACA: Ini Sebab Kemboja Negara Penting Bagi China

Sumber: TikTok @staywokeproperty

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.