Siakap Keli
Bill O’Reilly
Kredit: IG @billoreilly

Pengulas Politik AS, Bill O’Reilly ‘Titip Pesan’ Buat Presiden China

Pengulas Politik AS, Bill O’Reilly ‘Titip Pesan’ Buat Presiden China

Umum diketahui, lawatan rasmi Presiden China, Xi Jinping ke Vietnam, Malaysia dan Kemboja telah menarik perhatian dunia.

Perkara ini berlaku terutama dalam suasana hubungan ekonomi yang semakin tegang antara China dan Amerika Syarikat (AS).

Kunjungan tersebut mencetuskan pelbagai reaksi, termasuk daripada Presiden AS, Donald Trump yang sebelumnya membuat kenyataan mengejutkan mengenainya.

Terkini, pengulas politik terkenal dari AS, Bill O’Reilly turut menyuarakan pendapat secara terbuka berhubung lawatan itu, sekali gus mencuri perhatian ramai.

Dalam satu video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya, O’Reilly mempersoalkan rasional di sebalik lawatan Xi Jinping ke negara-negara Asia Tenggara itu.

“Hai, Presiden Xi, izinkan saya berterus terang.

“Rakyat di negara-negara tersebut langsung tidak mempunyai wang. Mereka tidak mampu membantu anda. Mereka juga tidak akan membeli barangan anda kerana mereka tiada wang.

“Jika China kehilangan pasaran AS, maka tamatlah riwayat mereka. China akan benar-benar menghadapi masalah besar. Ini kerana kami (AS) yang memiliki wang, dan kamilah yang membeli barangan.

“Orang Malaysia tidak akan membeli barangan anda. Mereka tiada wang,” katanya sinis.

Malah, O’Reilly turut mendakwa kemungkinan China menggunakan negara-negara tersebut untuk menyeludup barangan buatan China dengan menukar label kepada “Buatan Vietnam”.

https://www.instagram.com/p/DIcy12UoGV2/?tblci=GiAvXokcut0PI-ltaZKeeNGrpa5zAC9NEu_DR6FIvXKblyDywz0ovZLThZWeoIrQATC6kEc

Dalam pada itu, kenyataan berani Bill O’Reilly itu mengundang pelbagai reaksi daripada warga maya, termasuk rakyat Malaysia sendiri.

BACA: Kerajaan Indonesia ‘Buka Mulut’ Isu Jet Tempur Rusia Di Indonesia

BACA: Ini Sebab Kemboja Negara Penting Bagi China

BACA: Pemeteraian Protokol Keperluan Fitosanitari Pengeksportan Kelapa Segar Ke China

Sumber: IG @billoreilly

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.