Kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia menegaskan sebarang laporan atau dakwaan yang menyatakan AS pernah terlibat dalam usaha tersebut adalah tidak benar.
“Sebarang laporan yang menyatakan sebaliknya adalah palsu,” kata David H. Gamble Jr, Kuasa Usaha Kedutaan AS dalam satu kenyataan.
AS Nafi Dakwaan Campur Tangan
Penafian itu dibuat susulan laporan media mengenai dakwaan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa AS pernah menawarkan bantuan kepada parti berkenaan bagi menjatuhkan UMNO dan mengambil alih kerajaan.
Menurut Tan Sri Abdul Hadi, tawaran tersebut didakwa berlaku ketika lawatan bekas Presiden AS, Barack Obama, ke Malaysia pada 2014.

