Siakap Keli
lokasi minyak saudi aramco
Gambar: AFP

14 Lokasi Baharu Minyak Dan Gas Ditemui – Saudi Aramco

14 Lokasi Baharu Minyak Dan Gas Ditemui – Saudi Aramco

RIYADH — Beberapa lokasi baharu minyak dan gas di Wilayah Timur dan Kawasan Empty Quarter telah ditemukan oleh Syarikat tenaga gergasi Saudi Aramco, lapor Arab News

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Tenaga, Putera Abdulaziz bin Salman semalam.

Penemuan ini meliputi enam medan minyak, dua takungan minyak, dua medan gas asli serta empat takungan gas asli, menunjukkan potensi hidrokarbon negara yang terus berkembang luas.

Menurut Putera Abdulaziz, ia sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan Arab Saudi sebagai peneraju tenaga global dan meningkatkan potensi hidrokarbon negara itu.

Sejajar dengan aspirasi Wawasan 2030 bagi memaksimumkan nilai sumber asli dan menjamin keselamatan tenaga global, penemuan tersebut diramal merangsang pertumbuhan ekonomi dan memperkukuh keupayaan Arab Saudi untuk permintaan tenaga domestik dan antarabangsa dengan cekap, serta menyokong matlamat kelestarian jangka panjang.

Terdahulu, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V. (PCCMO) telah menemui dua penemuan minyak di perairan dalam di Mexico.

Penemuan itu melibatkan lokasi di telaga Polok-1 dan Chinwol-1, di Blok 29, terletak di Salina Basin, luar pesisir Mexico.

Dua penemuan ini merupakan kejayaan ketiga selepas syarikat berkenaan menemui minyak di telaga penerokaan Monument di Teluk Mexico bulan lalu.

“Ia merupakan penanda aras yang bermakna bagi Petronas dan usaha-usahanya di Amerika. Kami teruja dengan dua penemuan ini yang membuktikan fokus berterusan kami untuk mengejar peluang mengembangkan sumber dan rizab di lembangan Mexico yang produktif.

“Bersama rakan kongsi kami, kami melihat ke hadapan bagi menilai data untuk mengesahkan potensi komersial penemuan tersebut,” kata Naib Presiden Penerokaan dan Huluan PETRONAS, Emeliana Rice-Oxley dalam satu kenyataan.

Sumber: Arab News

BACA: Harga RON97 & Diesel Di Semenanjung Turun

BACA: Trump Umum Penangguhan Tarif Selama 90 Hari Kepada Lebih 75 Negara 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.