Siakap Keli
amorim malaysia
Gambar: AFP/Bernama

Amorim Teruja Terbang Ke Malaysia 

Amorim Teruja Terbang Ke Malaysia

Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim menyatakan bahawa pasukan itu akan menjanjikan persembahan terpuji ketika mendarat di Malaysia Mei depan, lapor Stadium Astro.

Meskipun saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) akan melabuhkan tirai pada Mei depan, isu kepenatan bukanlah menjadi masalah utama The Red Devils untuk mengadakan perlawanan pramusim di Malaysia.

Tambah Amorim, kelab Liga Perdana Inggeris itu turut merancang persiapan mengenai kebajikan seluruh pasukan sewaktu jelajah pramusim berlangsung.

“Kami perlu melihat peranan kelab. Kenaikan harga tiket untuk peminat.

“Kami melakukan semua ini jadi kami juga perlu membuat pengorbanan kecil.

“Ia akan mengambil masa enam hari untuk membina hubungan dengan peminat kami di seluruh dunia.

“Mereka datang ke sini setiap hujung minggu untuk melihat perlawanan di Old Trafford, jadi semua orang dalam kelab harus berkorban.

“Tiada apa yang perlu dibandingkan dengan peminat yang hadir ke stadium.

“Kami akan mengembara dalam keadaan yang sangat baik. Kami akan bergilir.

“Kami mahu menunjukkan kepada peminat kami di bahagian lain dunia, dan tugas saya untuk menguruskan semua pemain,” katanya.

https://x.com/ManUtd/status/1909501463094611980?ref_src=twsrc%5Etfw

Sebelum ini, juara 13 kali Liga Perdana Inggeris akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah pramusim bulan depan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Manchester United dijadualkan menentang pasukan ASEAN All-Stars pada 28 Mei di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Selepas itu, skuad The Red Devils akan berlepas ke Hong Kong untuk menentang pasukan kebangsaan negara berkenaan di Stadium Hong Kong pada 30 Mei.

Menurut kenyataan itu, dua perlawanan yang dibawakan oleh Snapdragon dan dianjurkan ProEvents adalah jelajah pascamusim pertama dalam era moden kelab berkenaan, serta menandakan kepulangan mereka ke Asia selepas kemenangan 4-0 ke atas Liverpool di Bangkok pada Julai 2022.

“Kali terakhir kelab ini berkunjung ke Kuala Lumpur adalah pada tahun 2009, dan ke Hong Kong pada tahun 2013, namun hubungan antara Manchester United dan jutaan peminat setia di seluruh Asia kekal utuh seperti dahulu.

“Ketika pasukan utama lelaki sah akan menyertai Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris di Amerika Syarikat (AS) menjelang musim 2025/26, perlawanan pada bulan Mei ini memberikan peluang unik kepada para pemain dan kakitangan untuk berinteraksi secara langsung dengan peminat di Asia.

“Selain itu, kelab juga berpeluang mengeratkan kerjasama dengan rakan niaga komersial yang penting di rantau ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber: Stadium Astro 

BACA: Fakta Menarik Tentang Gunung Jingshan, Gunung Terendah Di Dunia 

BACA: Manchester United Kembali Ke Malaysia Pada 28 Mei

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.