Siakap Keli
JPJ Nombor Pendaftaran "VIPS"
Gambar: JPJ

JPJ Tawar Nombor Pendaftaran Istimewa “VIPS”

JPJ Tawar Nombor Pendaftaran Istimewa “VIPS”

PUTRAJAYA, 10 April 2025 — Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia bakal menawarkan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan secara atas talian menerusi Sistem JPJeBid kepada orang awam.

Perkara itu dimaklumkan jabatan itu dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

(NPI) Siri VIPS adalah membawa maksud “Visit Impressive Perlis State” bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis.

Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai salah satu inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan “Tahun Melawat Perlis 2024-2025”.

Tarikh Bidaan

Untuk makluman, NPI Siri VIPS akan mula dibuka untuk bidaan kepada orang awam pada Jumaat, 11 April hingga 15 April 2025 (Selasa) 10 malam.

Menurut Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli, keputusan bidaan nombor pendaftaran itu akan diketahui dalam tempoh 24 jam.

Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid.

Berikut harga minima bidaan mengikut ketetapan;

Gambar: JPJ

“Orang awam dialu-alukan untuk menyertai bidaan Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena dengan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis dan ‘Tahun Melawat Perlis 2024-2025 melalui Sistem JPJeBid sebagai medium dan saluran untuk mendapatkan pilihan nombor pendaftaran kenderaan siri VIPS.

“Selamat Menyambut Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Raja Perlis,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/jabatanpengangkutanjalanmalaysia/posts/pfbid0ZvD2rQxv2ABZrF2pfYANoM4az83ft4pYk953HuJi8z31JjZVCXAoENxuxNKktt7Dl

Sumber: Facebook JPJ 

BACA: Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Bawah Jagaan Pengasuh

BACA: Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.