Siakap Keli
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Lima Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga jam 5 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, seluruh kawasan di Negeri Sembilan, Melaka termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya dijangka hujan. Manakala beberapa daerah seperti Pahang, Selangor, Johor turut diramal hujan petang ini.

“Di Pahang, daerah yang terlibat adalah Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan dan Rompin.

“Manakala di Selangor melibatkan dua daerah seperti Hulu Langat dan Sepang.

“Di Johor pula, kawasan yang diramal hujan adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” maklum METMalaysia dalam kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02WWKQJir2YKatjmV6C7ivTY2UVuRPHCG68pNtMaTybpipB9PiA3dv6nPRr4Tvg7JZl

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Fakta Menarik Tentang Gunung Jingshan, Gunung Terendah Di Dunia 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.