Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat Diramal Di 4 Negeri Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 4 petang ini.

Iklan

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran melibatkan Kuala Krai di Kelantan.

Selain itu, di Terengganu pula membabitkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat diramal di daerah Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Matu), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Sibu (Sibu dan Selangau).

Manakala di Sabah, hujan melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Membakut), Kudat, Sandakan (Paitan), Tawau.

Hujan lebat diramal di 4 negeri

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 4 petang.
  • Amaran melibatkan Kuala Krai di Kelantan serta beberapa daerah di Terengganu, Sarawak dan Sabah.
  • MetMalaysia berkata amaran dikeluarkan apabila ribut petir dijangka melebihi sejam dengan hujan intensif.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan