Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Waspada, Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Hujan Lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut amaran yang dikeluarkan, daerah yang terlibat merangkumi negeri Perak, Pahang, Johor dan Sabah.

Amaran Hujan Lebat Di 4 Negeri

“Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Muallim, Batang Padang, Kampar, Kinta, Kuala Kangsar dan Hulu Perak. Manakala di Pahang pula seperti Kuantan, Maran, Pekan, Rompin dan Cameron Highlands.

“Selain itu, di Johor merangkumi Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Mersing dan Kluang.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang diramal hujan adalah Pedalaman, Pantai Barat, Kudat, Tawau (Kalabakan dan Tawau), Sandakan (Tongod, Paitan, Kinabatangan dan Telupid)” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hingga 6 petang.
  • Daerah terlibat merangkumi beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti amaran cuaca rasmi MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan