Siakap Keli
Kebakaran Putra Heights Amirudin
Gambar: BERNAMA

Kebakaran Putra Heights: PPS Dewan Camelia Ditutup Malam Tadi – Amirudin

Kebakaran Putra Heights: PPS Dewan Camelia Ditutup Malam Tadi – Amirudin

SHAH ALAM, (Bernama) — Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas Putra Heights ditutup pada 10 malam tadi.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata penamatan operasi PPS yang menempatkan 16 keluarga meliputi 60 individu itu ditutup selepas bantuan yang ditawarkan kerajaan negeri mula disalurkan, selain beberapa keluarga juga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

“Kerajaan negeri mula menawarkan perumahan seperti Airbnb serta tawaran duit sewa, dan proses pemindahan penduduk dari PPS berkenaan ke unit rumah yang ditawarkan bermula hari ini.

“Operasi PPS Masjid Putra Heights yang kini menempatkan 87 keluarga pula dijangka ditamatkan pada Ahad ini,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di sini pada Rabu.

Amirudin berkata pihak Majlis Agama Islam Negeri akan membekalkan bakul makanan secara percuma kepada keluarga berkenaan, mencukupi untuk tempoh sebulan.

Pada masa sama, beliau berkata 270 rumah disahkan selamat sehingga kini dan boleh diduduki semula, selain pemilik kediaman juga dibenarkan untuk membuat kerja-kerja pembaikan kecil dengan kadar segera.

BACA: Malaysia Sentiasa Jadi Rakan Perdagangan, Pelaburan Terbuka Kepada Semua Negara – Zafrul

Amirudin berkata urusan baik pulih semula kediaman mangsa yang terlibat juga akan dibincang bersama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada Isnin ini.

“Rumah-rumah yang ada masalah kecil ini kita akan lihat nanti macam mana proses baik pulihnya. Kalau tidak begitu besar, akan ada satu sumbangan standard kepada mereka yang akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Pemulihan,” katanya.

Amirudin berkata sebagai tanda solidariti, kerajaan negeri menerusi Tabung Prihatin Selangor menyasarkan untuk mengumpul sekurang-kurangnya RM500,000 menerusi potongan gaji terhadap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan penjawat awam Gred 48 ke atas.

“Bagi tujuan ini, Ahli MMKN akan menyumbang RM1,000 daripada gaji mereka, keseluruhan ADUN termasuk pembangkang RM200, manakala bagi penjawat awam Gred 48 ke atas RM50 yang akan digunakan bagi membantu proses pemulihan yang direncana kerajaan negeri,” katanya.

Sumber: BERNAMA 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.