Siakap Keli
Rakan Perdagangan zafrul
Gambar: Bernama

Malaysia Sentiasa Jadi Rakan Perdagangan, Pelaburan Terbuka Kepada Semua Negara – Zafrul

Malaysia Sentiasa Jadi Rakan Perdagangan, Pelaburan Terbuka Kepada Semua Negara – Zafrul

KUALA LUMPUR — Malaysia sentiasa menjadi dan akan terus menjadi rakan perdagangan dan pelaburan yang terbuka kepada semua negara, termasuk China dan Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan di laman X (Twitter) rasmi miliknya.

Kata beliau, kerajaan komited dalam usaha untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan dalam isu perdagangan dengan AS.

Ia berikutan Amerika sekali lagi mengubah dasar tarifnya, menangguhkan kenaikan untuk banyak negara tetapi meningkatkan tekanan ke atas China semalam.

“Saya mengalu-alukan langkah ini, namun pada masa yang sama kita perlu mengakui bahawa ketidaktentuan ini menimbulkan persoalan tentang hala tuju perdagangan global dan impaknya kepada ASEAN.

“Perubahan terkini ini pastinya antara topik perbincangan dalam Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN yang akan saya pengerusikan pagi ini,” katanya.

Tambahnya, negara sedang giat menilai implikasi daripada perubahan-perubahan ini dan kekal komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan ASEAN dalam mengurangkan gangguan, memperkukuhkan daya tahan ekonomi serantau, dan memperjuangkan hubungan perdagangan yang seimbang serta stabil.

“Perpaduan ASEAN dan integrasi ekonomi serantau akan menjadi lebih penting berbanding sebelum ini, dan kami mengalu-alukan sokongan daripada rakan-rakan yang berkongsi visi ini dan mahu melihat kita semua berjaya,” kongsinya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa yang sama, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga akan meneruskan strategi sedia ada untuk mempelbagaikan perdagangan dan meneroka pasaran baharu, serta memperdalam hubungan dengan pasaran sedia ada. Ia sebagai langkah berwaspada terhadap ketidaktentuan semasa.

BACA: Trump Umum Penangguhan Tarif Selama 90 Hari Kepada Lebih 75 Negara

“Kita juga akan meningkatkan usaha dalam agenda pembaharuan ekonomi negara untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing.

“Keutamaan kami adalah untuk mengharungi landskap yang sentiasa berubah ini sambil melindungi kemakmuran ekonomi negara kita,” maklumnya lagi.

https://x.com/tzafrul_aziz/status/1910137544907592015?t=FscnfVufaeWHnf3pckPrbQ&s=19&fbclid=IwY2xjawJj_H9leHRuA2FlbQIxMAABHqEUd-LlugJo3uyiI5JDm4xaXoHiJWtFKwcA8gA8oaxJNDf7ZDunQM_GeAJz_aem_Jy-fUhHo-fqOePFZmL_skw

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Rabu mempertimbangkan penangguhan 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang.

Sementara tarif ke atas import ke atas China dinaikkan kepada 125 peratus.

Sumber: X Tengku Zafrul 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.