Hujan Lebat Diramal Landa Kebanyakan Negeri Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 9 pagi ini.
Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan di Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan diramal hujan.
Sementara itu, di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah juga dijangka hujan.
“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Kuala Muda. Manakala di Perak pula melibatkan Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
“Bagi Pahang, kawasan yang terlibat hanya daerah Rompin dan di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.
” Di Johor, tiga kawasan diramal hujan seperti Tangkak, Muar dan Batu Pahat.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat seperti Miri dan Limbang. Sementara di Sabah termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Sandakan),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid0ZjBHBwjgFic7w516Fd9A2g5ktQ4GgX1rfbPZQEy4d2547PsKU9gA9CcbDw57JK6Tl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia