Siakap Keli
Amazfit Umumkan Jam Pintar Bip 6: Jam Pintar Harian untuk Setiap Masa, Kini Tersedia di Malaysia
Gambar Hiasan

Amazfit Umumkan Jam Pintar Bip 6: Jam Pintar Harian untuk Setiap Masa, Kini Tersedia di Malaysia

Amazfit Umumkan Jam Pintar Bip 6: Jam Pintar Harian untuk Setiap Masa, Kini Tersedia di Malaysia

Kuala Lumpur, 14 April 2025 Amazfit, jenama peranti pintar global terkemuka yang dimiliki oleh Zepp Health (NYSE: ZEPP) telah mengumumkan pelancaran jam pintar Amazfit Bip 6 di Malaysia. Jam ini menampilkan paparan AMOLED 1.97 inci, pemantauan kesihatan dan kadar denyutan jantung yang canggih, program kecergasan berasaskan AI, navigasi luar talian, serta pemantauan tidur yang menyeluruh. Amazfit Bip 6 direka untuk membantu
penggemar kecergasan dalam kegiatan harian di setiap peringkat perjalanan kesihatan mereka yang kini disesuaikan dengan gaya hidup rakyat Malaysia yang dinamik dan mementingkan kesejahteraan.

“Di Amazfit, kami percaya bahawa teknologi terutamanya peranti pintar harus dipertingkatkan pada setiap aspek dalam kehidupan tanpa mengorbankan gaya, prestasi, atau kemampuan diri,” kata Wayne Huang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Zepp Health. “Amazfit Bip 6 direka dengan teliti untuk mereka yang memerlukan jam pintar yang mampu mengikuti gaya hidup aktif mereka sambil kekal bergaya. Dengan pengesan kecergasan, latihan pintar, serta sokongan khusus dari HYROX dan latihan ketahanan, Amazfit Bip 6 mampu menyesuaikan diri dengan mudah kepada gaya hidup dinamik sambil menawarkan nilai yang luar biasa.”

Ciri-Ciri Utama Amazfit Bip 6:

1. Rekaan Aluminium Ringan dengan Paparan AMOLED

Dengan kecerahan 2,000 nits, skrin AMOLED 1.97 inci Amazfit Bip 6, jelas dan mudah dibaca dalam semua keadaan pencahayaan. Ia sempurna untuk pengguna Malaysia sama ada ketika mendaki di Bukit Broga, berbasikal di Tasik Putrajaya atau berulang-alik di bawah matahari.

2.Data Kadar Denyutan Jantung dan Tidur yang Dikuasakan oleh Teknologi BioTrackerTM

Dilengkapi dengan sensor kadar denyutan jantung BioTrackerTM 6.0 PPG dwi-cahaya 5PD terbaik dari Amazfit Bip 6, ia menawarkan kiraan yang tepat untuk kadar denyutan jantung, paras oksigen darah, tekanan stres serta HRV (kebolehubahan kadar denyutan jantung). Ini membolehkan pengguna Malaysia membuat pilihan yang lebih baik dalam kesihatan di dalam aktiviti harian.

3.Lebih daripada 140 Mod Senaman Termasuk HYROX, Latihan Kekuatan Pintar, dan Bimbingan AI Peribadi

Amazfit Bip 6 menyokong lebih daripada 140 aktiviti gaya hidup dan kecergasan. Sama ada dari kelas HIIT di gim sekitar Lembah Klang, yoga di Langkawi, atau persiapan untuk pertandingan HYROX yang semakin popular di Malaysia, jam pintar ini boleh disesuaikan dengan semua tahap kecergasan. Ciri Latihan Kekuatan Pintar mampu memberikan data khusus otot manakala navigasi luar talian sesuai untuk aktiviti luar.

4.Hayat Panjang Bateri

Hayat bateri mampu bertahan hingga dua minggu beserta ketahanan air 5 ATM. Amazfit Bip 6 mampu mengharungi cuaca tropika Malaysia, percutian di pantai atau senaman harian tanpa perlu kerap dicas.

5.Ciri Pintar untuk Kemudahan Harian

Kekal berhubung dengan notifikasi pada pergelangan tangan untuk panggilan, mesej, dan notifikasi media sosial. Jawab panggilan, membalas mesej menggunakan suara ke teks dan papan kekunci sentuh, kawal muzik dan kamera (iPhone sahaja), serta penyelarasan dengan telefon pintar melalui Bluetooth. Kawalan suara Zepp FlowTM membolehkan interaksi lancar dan ideal untuk golongan profesional dan pelajar.

Ketersediaan dan Harga di Malaysia

Amazfit Bip 6 boleh didapati mulai 14 April 2025 di Shopee (https://bit.ly/Amazfit-Shopee-Bip6), Lazada (https://bit.ly/Amazfit-Lazada-Bip6), dan kedai gajet terpilih di serata negera. Harga bermula dari RM379 dengan promosi pelancaran istimewa pada harga RM359 berserta pemberian tali skipping percuma (selagi stok masih ada).

Jam pintar Amazfit Bip 6 kini tersedia secara dalam talian melalui Shopee dan Lazada, dan akan turut dijual di kedai gajet terpilih di seluruh Malaysia. Ditawarkan pada harga RM379, terdapat promosi terhad pada harga RM359 termasuk hadiah tali skipping percuma (selagi stok masih ada). Tersedia dalam empat warna bergaya iaitu Hitam,’Charcoal’, dan ‘Stone’, rekaan ini
sesuai dipadankan untuk aktiviti kasual mahupun kecergasan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.amazfit.com atau ikuti @AmazfitMalaysia di media sosial.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.