Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gajah gempa bumi
Kredit: The Washington Post

Gajah Buat Lingkaran, Lindungi Anak Ketika Gempa Bumi

Azizah Najib

Gajah Buat Lingkaran, Lindungi Anak Ketika Gempa Bumi

Amerika Syarikat – Sebuah rakaman tular apabila sekumpulan gajah di Taman Safari Zoo San Diego dilihat berlari melindungi anak-anak gajah berikutan kejadian gempa bumi di daerah itu, lapor The Washington Post.

Rakaman tersebut menunjukkan lima ekor gajah Afrika sedang berjemur apabila gegaran berlaku pada pagi Isnin. Akibat gegaran bermagnitud 5.2 itu, gajah-gajah tersebut bertempiaran lari ‘memeriksa’ pelbagai arah sebelum membentuk lingkaran bagi melindungi anak gajah.

Kelima-lima ekor gajah berkenaan kekal berada dalam posisi masing-masing selama beberapa minit biarpun gegaran telah berhenti. Anak gajah yang paling muda, Mkhaya berada di tengah lingkaran antara dua ekor gajah betina. Namun, seekor lagi anak gajah, Khosi, bertindak meniru kelakuan gajah dewasa dengan berdiri di bahagian luar lingkaran.

Seekor gajah dewasa bernama Zuli kelihatan sentiasa memeriksa keadaan Khosi dengan menyentuh wajah anak gajah berkenaan.

Menurut kurator haiwan mamalia di Taman Safari Zoo San Diego, Mindy Albright, kelakuan tersebut seperti Zuli mempersoal tindakan Khosi yang tidak duduk di tengah lingkaran bersama Mkhaya.

“Sangat menakjubkan dapat melihat bagaimana mereka bertindak balas, dan apabila meningkat dewasa, (bagaimana) tanggungjawab sosial mereka dalam kumpulan tersebut mungkin berubah,” ujarnya.

Video berkenaan menunjukkan kumpulan gajah tersebut berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas membentuk lingkaran. Biarpun gegaran telah berhenti, gajah-gajah tersebut dilihat masih mengembangkan telinga mereka, umpama sedang mendengar.

Menurut Albright, kumpulan gajah berkenaan sedang cuba untuk mengesan isyarat tambahan alam sekitar menggunakan kaki mereka. Perkara ini membolehkan mereka menentukan tindakan seterusnya.

Albright turut berkongsi bahawa tindak balas kumpulan gajah ini mungkin merupakan tindak balas paling ketara terhadap gegaran gempa bumi yang berlaku.

“Ia memang hebat kerana gajah mirip dengan manusia dalam cara mereka bersatu sebagai sebuah unit keluarga. Mereka mempunyai unit keluarga yang begitu erat (dan) strategi kemandirian hidup mereka amat kuat,” ujarnya.

Kurator tersebut turut menerangkan bahawa gajah mempunyai kebolehan yang unik untuk mengesan bunyi menerusi kaki mereka. Apabila sesuatu yang mengejutkan berlaku sebagai contoh kehadiran pemangsa atau berlaku kejadian alam seperti gempa bumi, mereka akan mengelilingi anak gajah bagi melindunginya dari bahaya. Kelakuan ini dikenali sebagai lingkaran berjaga-jaga.

Sementara itu, San Diego Zoo Wildlife Alliance menerusi laman X berkata kesemua gajah-gajah itu berada dalam keadaan baik selepas kejadian itu dan menjalani rutin mereka seperti biasa.

Sumber: The Washington Post

BACA: Selamat Disemadikan, Ribuan Iringi Jenazah Tun Abdullah

BACA: Tun Abdullah Berjasa, Beri Bantuan Kepada Pesakit Kanser – Hisham