Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bantuan Kanak-Kanak (BKK): Kelayakan dan Cara Memohon
Gambar AI
Tiada Kategori

Bantuan Kanak-Kanak BKK: Kelayakan, Syarat & Cara Mohon

suhaila

Bantuan Kanak-Kanak BKK: Kelayakan, Syarat & Cara Mohon

Dalam usaha memastikan setiap kanak-kanak di Malaysia mendapat peluang membesar dalam suasana yang selamat, stabil dan penuh kasih sayang, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah memperkenalkan satu bentuk sokongan kewangan dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK).

Inisiatif ini bukan sekadar meringankan beban kewangan keluarga berpendapatan rendah, malah menjadi langkah penting dalam memastikan kelangsungan hidup dan perkembangan kanak-kanak yang terlibat.

Apakah Itu Bantuan Kanak-Kanak (BKK)? Ini Kelayakan, Syarat & Cara Mohon

BKK merupakan bantuan tunai bulanan yang disediakan khusus kepada keluarga atau penjaga sah yang bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Ia juga terbuka kepada kanak-kanak yang kehilangan penjaga disebabkan pelbagai faktor.

Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu memastikan kanak-kanak terus tinggal bersama keluarga mereka atau penjaga yang sah.

Sekali gus mengelakkan mereka daripada terabai atau terpisah daripada sistem sokongan keluarga.

Kadar Bantuan Yang Ditawarkan

Kadar bantuan yang diberikan adalah bergantung kepada umur kanak-kanak dan jumlah tanggungan dalam sesebuah keluarga. Penetapan kadar ini membolehkan bantuan disesuaikan dengan keperluan sebenar:

  • RM250 sebulan untuk setiap kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah

  • RM200 sebulan bagi setiap kanak-kanak berumur antara 7 hingga 18 tahun

Walau bagaimanapun, jumlah maksimum bantuan yang diberikan kepada satu keluarga adalah RM1,000 sebulan. Ianya bergantung kepada bilangan kanak-kanak yang layak menerima bantuan.

Syarat-syarat Kelayakan Permohonan

Untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan, JKM telah menetapkan beberapa syarat kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan menetap secara tetap di negara ini.

  • Keluarga atau penjaga mestilah menjaga kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

  • Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa. Sama ada dari segi purata isi rumah atau purata per kapita.

  • Dalam kes tertentu, sekiranya kanak-kanak tidak mempunyai penjaga yang layak seperti ibu bapa bukan warganegara, muflis, atau mengalami masalah kesihatan mental, permohonan boleh dibuat atas nama kanak-kanak tersebut.

  • Kanak-kanak yang menerima bantuan lain seperti Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMBPK) atau sebarang bantuan bulanan daripada JKM tidak layak menerima BKK.

  • Kanak-kanak yang telah berumur 16 tahun ke atas, bekerja sepenuh masa dan tidak lagi bersekolah juga tidak layak memohon.

  • Kes-kes khas yang melebihi had pendapatan tetapi masih mempunyai keperluan mendesak boleh dipertimbangkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri atau Wilayah Persekutuan, mengikut budi bicara dan keperluan semasa.

Nota penting: Pengiraan umur adalah berdasarkan tahun kelahiran, dan sebarang perubahan kadar bantuan hanya akan berlaku ketika proses kajian semula yang dijalankan secara berkala.

Cara Permohonan dan Dokumen Sokongan

Permohonan boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang diterima akan melalui proses siasatan dan penilaian yang teliti berdasarkan pendekatan “means-tested”, iaitu penilaian kelayakan berdasarkan kemampuan kewangan pemohon.

Untuk melancarkan urusan, pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen sokongan berikut:

  • Salinan MyKad pemohon dan MyKad / MyKid semua ahli keluarga yang tinggal serumah

  • Bukti pendapatan: sama ada penyata gaji rasmi, surat majikan, atau akuan pendapatan yang disahkan oleh penghulu / ketua kampung / JPKK jika bekerja sendiri

  • Salinan bil utiliti seperti bil elektrik, air atau telefon sebagai bukti alamat tempat tinggal

  • Penyata akaun bank terkini

  • Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, akaun bank bersama ibu / bapa / penjaga. Ianya bergantung kepada status kewarganegaraan atau keupayaan penjaga

  • Dokumen tambahan lain yang relevan, jika diperlukan

Borang Permohonan Yang Diperlukan

Dua borang utama perlu diisi untuk memohon atau membuat kajian semula bantuan:

Kesimpulan: Peluang Perlindungan untuk Masa Depan Anak-anak

Bantuan Kanak-Kanak (BKK) adalah antara usaha murni kerajaan untuk memelihara kebajikan golongan muda negara, terutamanya mereka yang datang daripada latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

Dengan adanya sokongan ini, diharapkan kanak-kanak dapat terus membesar dalam suasana yang sihat, berpendidikan dan terlindung, tanpa terbeban oleh tekanan ekonomi keluarga.

Sumber : JKM

BACA : 9 Langkah Mudah Buat Bilik Mandi Bersinar, Tandas Bebas Bau

BACA :

Tanda Awal Gastrik: Gejala Yang Ramai Tak Perasan