Siakap Keli
nora aunor
Kredit: Facebook Kristoffer Ian De Leon

Seniman Negara Filipina, Nora Aunor Meninggal Dunia

Seniman Negara Filipina, Nora Aunor Meninggal Dunia

Bintang ikonik dunia hiburan Filipina berusia 71 tahun, Nora Aunor menghembuskan nafas terakhirnya pada 16 April, lapor Astro Awani.

Berita duka ini disahkan oleh anak mendiang, Kristoffer Ian De Leon menerusi hantaran media sosial. Namun, punca dan lokasi kematian tidak dimaklumkan.

“Dengan penuh pilu dan hati yang berat, kami maklumkan pemergian ibu kesayangan, Nora C. Villamayor ‘Nora Aunor’ hari ini 16 April 2025 di usia 71 tahun.

“Ibu merupakan jantung keluarga kami, sumber cinta, kekuatan dan kemesraan yang tidak bersyarat. Kebaikan, kebijaksanaan dan semangatnya yang indah menyentuh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Tiada kata yang dapat menzahirkan kerinduan, ibu dalam kenangan selamanya.

“Maklumat lanjut akan dikongsi esok,” nukil Ian.

https://www.facebook.com/buchokokoy.psshh/posts/pfbid02s99yNsk56uuqCpyK5JxS3TyzGopV5HPqFiR25XasHjsugmfta2V7sUc7co1k3ebnl

Menelusuri kerjaya seninya, bintang kelahiran Camarines Sur, 21 Mei 1953 itu memulakan langkah sebagai penyanyi sekitar tahun 1960-an.

Kemerduan suaranya menambat hati ramai apabila berjaya meraih juara dalam pertandingan nyanyian Tawag ng Tanghalan pada 1967. Ketika itu, mendiang berusia 14 tahun.

Mengubah haluan, mendiang mula tampil dalam bidang lakonan dengan membintangi lebih 200 filem dan rancangan televisyen.

Antara yang menjadi batu loncatan buat mencipta nama termasuk rancangan televisyen Tatlong Taong Walang Diyos (1976), Bulaklak sa City Jail (1984) dan The Flor Contemplacion Story (1995).

Selain itu, filem Thy Womb (2012) memberi kenangan terindah buat mendiang apabila meraih pelbagai anugerah termasuk Pelakon Wanita Terbaik di Asian Film Awards.

Selain anugerah antarabangsa, nama mendiang sudah lama tercipta di pentas negara ketika menerima anugerah tempatan menerusi filem Paano ba ang Maging Isang Ina? (1990).

Tahun 2022, seluruh negara menyaksikan penganugerahan tertinggi buat mendiang apabila beliau menerima gelaran Seniman Negara bagi Filem dan Seni Penyiaran.

Tidak hanya tertumpu kepada bidang kerjaya, mendiang turut menggunakan kelebihannya dalam membantu mangsa Taufan Kristine yang berlaku di Bicol.

Perkahwinan mendiang bersama bekas suaminya, Christopher de León dianugerahkan lima orang cahaya mata iaitu Lotlot, Ian, Matet, Kiko dan Kenneth de León.

BACA: Penulis Lirik Veteran, Yusnor Ef Meninggal Dunia

BACA: Tun Abdullah Ahmad Badawi Meninggal Dunia

BACA: Penyanyi Legenda Indonesia, Titiek Puspa Meninggal Dunia

Sumber: Astro AwaniFacebook Kristoffer Ian De LeonGMA News Online

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.