Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 10 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan di Perlis, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diramal hujan.
Manakala beberapa dan daerah kawasan di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah juga dijangka hujan.
“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan termasuk Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
“Bagi Kelantan, beberapa daerah melibatkan Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang diramal hujan, selain di Terengganu seperti Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, ia melibatkan daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Bentong.
“Manakala di Selangor pula termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
“Beberapa daerah di Negeri Sembilan juga dijangka hujan termasuk Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).
“Di Sabah pula seperti Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu),” maklum METMalaysia.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02EzsKKTk4vrHeegLmvWdQBYPadiQSnGcV31HQY1YKjVCnkeRGuEVrPzDkqJkZM58yl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia