Siakap Keli
enjin tahan lama minyak hitam
Gambar: AI

Nak Enjin Tahan Lama, Buat Benda ‘Ni’ Dulu Sebelum Isi Minyak Hitam

Nak Enjin Tahan Lama, Buat Benda ‘Ni’ Dulu Sebelum Isi Minyak Hitam 

Minyak pelincir, atau lebih dikenali sebagai minyak hitam, memainkan peranan penting dalam memastikan enjin kenderaan berada dalam keadaan optimum.

Penggunaan minyak hitam yang sesuai dan berkualiti bukan sahaja meningkatkan prestasi enjin, malah membantu memanjangkan jangka hayatnya.

Oleh, itu, minyak ini perlu ditukar sekiranya perjalanan atau mileage secara berkala.

Sebenarnya, ketika minyak hitam ini ditukar, pengguna kenderaan boleh mengetahui keadaan enjin mereka sebelum mengisi minyak yang baru.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian di bawah.

Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Isi Minyak Hitam Baru

Gambar: Zam Auto Accesories

Masa tukar minyak hitam, jangan terus isi baru je. Kena la jeling-jeling sikit kat oil pan tu. Situ la tempat boleh nampak macam-macam tanda keadaan enjin kereta kita ni:

1.Warna Minyak

Kalau minyak hitam pekat legam macam kopi O kaw, alamatnya enjin kerja berat gila. Kalau cerah lagi bersih, maknanya enjin sihat dan jaga elok. 

2. Serpihan Besi Halus

Kadang ada nampak besi-besi halus melekat dekat dasar. Itu tanda ada part enjin haus sikit. Kalau banyak sangat, standby la sebab enjin ada masalah. 

3. Minyak Bocor atau Kesan Basah 

Kalau oil pan nampak basah atau ada kesan minyak meleleh, gasket bocor atau skru longgar la tu. Kena baiki cepat kalau tak minyak habis, enjin jem. 

4. Bau Hangit

Kalau bau minyak tu hangit semacam, confirm minyak lama sangat dalam enjin. Bila tukar minyak baru, rasa enjin lebih ringan dan sedap bawa.

5. Kesan Karat atau Kotoran

Kadang boleh tengok ada karat atau kotoran melekat. Ini tanda dah lama tak servis proper atau minyak lama-lama sangat tak tukar.

Kesimpulannya, oil pan ni tempat simple tapi penting gila masa tukar minyak. Kalau jaga elok, kereta boleh pergi jauh, enjin sedap, poket pun tak koyak.

Sumber: Zam Auto Accesories

BACA: Tip Betul Susun Makanan Dalam Peti Sejuk, Kekal Segar & Berkualiti

BACA: Rupanya Ini Sebab Port USB Ada Warna Berbeza

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.