Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Rahsia” Garis Pada Tuala Yang Ramai Tidak Tahu

garis pada tuala
Gambar: AI / Twitter(X)

“Rahsia” Garis Pada Tuala Yang Ramai Tidak Tahu

Tuala merupakan sejenis kain yang sering digunakan sebagai agen penyerap air, sama ada lap peluh, tumpahan air mahupun digunakan selepas mandian.

Tapi, perasan atau tidak, bahawa hampir setiap hujung tuala mempunyai garis–garis pada permukaannya? Sama ada berbentuk jalur halus atau corak tebal.

Sebenarnya, garisan ini dikenali sebagai Dobby Border, dan ia memainkan peranan penting pada tuala, bukannya sekadar hiasan semata-mata.

Tentu ramai yang ingin tahu fungsi garisan ini bukan?

Oleh itu, SK hari ini akan berkongsikan sebab mengapa tuala mempunyai garis pada hujungnya.

Jangka Hayat Penggunaan

Seperti yang diketahui, tuala sering digunakan dalam rutin harian, sehingga ia sering mengalami haus dan lusuh.

Lama-kelamaan, perkara ini akan membuatkan benang tuala menjadi longgar dan bahagian tepinya akan terburai.

Disebabkan itu, garis pada tuala ini bertindak sebagai ‘pengukuh’ bagi mengelakkan ia terlerai dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.

Ketahanan

Gambar: AI

Bagi mereka yang melakukan perniagaan seperti perhotelan dan resort, sudah tentunya tuala antara perkara penting dan digunakan dalam jumlah yang besar,

Aspek ketahanan menjadi pilihan utama buat mereka dalam perniagaan ini.

Seperti penjelasan sebelum ini, garis hujung pada tuala memberikan integriti struktur tambahan, memastikan tuala mampu bertahan dan kekal dengan saiz yang sama walaupun dicuci dengan kerap.

BACA: Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2025

Penyerapan

Seperti yang kita tahu, tuala yang cepat kering dapat mengurangkan mencegah bau hapak.

Salah satu fungsi kain ini juga adalah mampu membantu mengeringkan tuala lebih cepat, dengan memastikan kelembapan diagihkan secara sekata di seluruh permukaan tuala.

Struktur Tuala

Kehadiran garisan ini sebenarnya memberikan keseimbangan sempurna antara ketebalan dan prestasi tuala.

Secara tidak langsung, ia memastikan tuala kekal lembut, ringan, dan mudah dikendalikan untuk mengeringkan badan serta permukaan.

Cengkaman

Jika anda perasan, garis tuala ini juga memberikan cengkaman yang lebih baik pada pengguna.

Garisan ini sangat praktikal dalam menyusun, melipat atau menggantung tuala.

Ciri ini sangat bermanfaat dalam persekitaran komersial seperti hotel, gim, dan spa.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Towelhub

BACA: Rupanya Ini Tip Mudah Rebus Nasi Impit, Jimat Masa