Ribut Petir, Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 5 petang ini
Menurut kenyataan itu, seluruh kawasan di Perlis, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal hujan.
Manakala beberapa dan daerah kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor Sarawak dan Sabah juga dijangka hujan.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut
https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02DTKJrWVyWDEAnjznKZCNpqsuZQieyi9SZsVgb3kvbcVBtLu9nx1siDvW7oB5fAnnl
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia