Teleskop James Webb Kesan Kewujudan Hidupan Di Planet Selain Bumi
Sekumpulan saintis dari University of Cambridge mendedahkan penemuan kewujudan kehidupan di planet selain bumi pada Jumaat, lapor Astro AWANI
Difahamkan, Teleskop Angkasa Lepas James Webb (JWST ) mengesan sebuah planet, K2-18b berdasarkan cahaya yang dipantulkan selepas menganalisis komposisi atmosfera.
Berdasarkan analisis, JWST mengesan kehadiran molekul dimetil sulfida (DMS) dan dimetil disulfida (DMDS) pada planet itu.
Planet K2-18b mempunyai 2.5 kali ganda saiz Bumi dan terletak 124 tahun cahaya (~1178 trilion kilometer) dari bumi.
Meskipun wujudnya kehidupan di sana, faktor jarak menjadi penghalang untuk manusia pergi ke planet ini dengan menggunakan teknologi sedia ada.
Saintis mengambil tempoh dua tahun untuk mengesahkan penemuan yang diumumkan semalam walaupun DMS dan DMSS dikesan pada atmosfera K2-18b.
Analisis kedua dilakukan yang lebih terperinci bagi memastikan tiada ralat berlaku ketika bacaan diambil sebelum perlu disahkan oleh komuniti sains.
Sehubungan itu, penyelidik menyatakan bahawa terdapat planet yang mampu menampung kehidupan di alam semesta selain Bumi.
Terdahulu, sebuah planet baharu ditemui tidak jauh dari Bumi. Planet tersebut merupakan planet ketiga yang ditemui dalam sistem dan digelar sebagai Proxima. Ia juga planet paling ringan yang pernah ditemui dengan hanya satu perempat daripada jisim bumi.
Menurut Independent, planet ini mengelilingi Proxima Centauri, iaitu bintang yang paling hampir dengan matahari.Sebelum ini satu lagi juga pernah ditemukan pada tahun 2016 dan telah menimbulkan kekecohan ketika itu.
Menariknya, ada dakwaan yang mengatakan, selain ia hampir dengan bumi, ia juga berpontensi untuk didiami serta mempunyai suhu yang sesuai aliran air dengan permukaan berbatu.
Namun, planet yang baru ditemukan ini dikatakan tidak mesra kerana orbitnya yang terlalu hampir dengan bintang. Difahamkan, ia terlalu hampir hingga tidak mampu membekalkan air yang cukup dan setahun di sana bersamaan lima hari di bumi.
Sumber: Astro AWANI