Siakap Keli
maut Kemalangan Bot Sungai Congo
Gambar: AFP

148 Maut Dalam Kemalangan Bot Di Sungai DR Congo

148 Maut Dalam Kemalangan Bot Di Sungai DR Congo

KIGALI (Rwanda), 19 April (Bernama) — Angka kematian akibat insiden bot terbakar di Republik Demokratik Congo awal minggu ini meningkat kepada 148 orang, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan seorang pegawai pada Jumaat.

Insiden tragis itu berlaku lewat malam Selasa di Mbandaka, wilayah Equateur.

Menurut Senator Jean-Paul Boketsu Bofili, bot kayu itu membawa 500 penumpang apabila ia terbalik selepas terbakar.

Mangsa yang maut termasuk kanak-kanak, manakala ratusan lagi masih gagal dikesan.

Lebih 150 mangsa berjaya diselamatkan, kebanyakannya mengalami kecederaan akibat melecur, katanya.

Beberapa mayat rentung turut ditemukan dalam bangkai bot yang hangus terbakar.

Laporan media menyebut kebakaran dipercayai bermula apabila seorang wanita sedang memasak di atas bot itu.

Sebelum ini, pihak berkuasa melaporkan jumlah kematian sekitar 50 orang.

Bot HB Kokolo itu lazim digunakan sebagai pengangkutan antara pelabuhan Bolenge di wilayah Equateur ke pasar utama di perkampungan Ngbondo yang menjadi hab kepada beberapa wilayah sekitar.

Tragedi berlaku hanya beberapa hari selepas insiden berasingan yang mengorbankan lebih 50 orang apabila sebuah bot sarat muatan turut karam di sungai yang sama.

Sumber: BERNAMA

BACA: Remaja Cedera Parah Terjatuh Dari Pendulum Di Taman Tema

BACA: Pulau Pinang Rekod 579 Kes Baharu HFMD Dalam Seminggu, Empat Kluster Dikesan

BACA: Kebakaran Paip Gas: Laporan Awal Dikeluarkan Dalam Tempoh Seminggu – KP Selangor

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.