Siakap Keli
Kredit: Tribun News

Remaja Cedera Parah Terjatuh Dari Pendulum Di Taman Tema

Remaja Cedera Parah Terjatuh Dari Pendulum Di Taman Tema

Kota Malang, Indonesia – Seorang remaja cedera parah apabila terjatuh dari pendulum setinggi 1.5 meter ketika permainan di taman tema itu sedang berpusing, lapor detik.

Kejadian ngeri yang berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 4.05 petang waktu tempatan itu mengakibatkan mangsa, seorang pelajar Madrasah Tsanawiyah Negeri (MTsN) 1 Kota Malang patah tulang betis kanan, tulang jari tengah dan tulang jari manis tangan kanan.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Batu, AKP Rudi Kiswoyo mengesahkan kejadian tersebut. Mangsa dibawa ke Hospital Baptist Kota Batu bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sekitar jam 8.00 malam, mangsa dibawa ke Hospital Husada, Kota Malang.

“Menurut maklumat Hospital Persada Husada Kota Malang, tulang betis kanan mangsa patah dua, patah jari tengah dan jari manis tangan kanan,” katanya.

Terdahulu, sebuah video tular di media sosial menunjukkan pengunjung taman tema tiba-tiba tercampak dari tempat duduk dan sempat berpaut sebelum terjatuh.

Menerusi video tersebut, permainan Pendulum 360° itu beroperasi seperti biasa. Namun selepas beberapa ketika, seorang pengunjung tiba-tiba tergelincir dari tali keselamatan. Mangsa sempat berpaut pada tali keselamatan sebelum tercampak dan terjatuh dari pendulum berkenaan.

“Melihat kejadian itu, pihak pengurusan segera menghentikan permainan dan membawa mangsa ke klinik Jatim Park bagi menerima pertolongan cemas,” maklum Rudi.

Menurutnya lagi, pihak polis mengarahkan pihak pengurusan untuk menghentikan sementara permainan tersebut bagi memberi laluan kepada proses siasatan. Beberapa saksi turut diminta memberi keterangan.

“Selepas kejadian tersebut, siasatan segera dijalankan di tempat kejadian. Siasatan kini bertumpu kepada punca mangsa jatuh dari permainan tersebut,” tambahnya.

Sumber: Kompas, Detik (1) (2) (3), Tribun

BACA: Pulau Pinang Rekod 579 Kes Baharu HFMD Dalam Seminggu, Empat Kluster Dikesan

BACA: Kebakaran Paip Gas: Laporan Awal Dikeluarkan Dalam Tempoh Seminggu – KP Selangor

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.