Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Pelajar Maut, Seorang Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Tambun

Dua pelajar maut, seorang cedera parah
Kredit: Bernama

Dua pelajar sekolah perempuan maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga dan motosikal Yamaha EZ115 di Taman Perpaduan Ria, Tambun, pagi ini.

Dua pelajar maut, seorang cedera parah

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.22 pagi.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada 7.28 pagi dan mendapati kemalangan membabitkan tiga mangsa pelajar sekolah perempuan yang merupakan penunggang serta pembonceng motosikal.

Dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan berada dalam keadaan separa sedar.

Anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) BBP Tambun memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera, termasuk memasang kolar serviks sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang meninggal dunia kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi dikawal pada 7.39 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 8.33 pagi.

Operasi melibatkan tiga anggota bomba dengan sebuah jentera EMRS dan diketuai PBK II Mohd Ridzuan Abd. Hamid selaku Komander Operasi.

JBPM Negeri Perak turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia serta mendoakan agar mangsa yang cedera diberikan kesembuhan.

Intipati
  • Kemalangan di Taman Perpaduan Ria membabitkan Proton Saga dan motosikal Yamaha EZ115.
  • Dua pelajar perempuan disahkan meninggal dunia, manakala seorang lagi cedera parah.
  • EMRS BBP Tambun memberi rawatan awal sebelum mangsa cedera dibawa ke hospital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan