Siakap Keli
amaran ribut petir
Sumber: METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Amaran Ribut Petir Di 7 Negeri – METMalaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 4 petang ini.

Dalam kenyataan tersebut, negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah, serta keseluruhan negeri Pulau Pinang.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi, manakala di Perak melibatkan daerah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Muallim.

“Di Selangor, daerah yang terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Gombak, sementara di Johor membabitkan daerah Mersing dan Kota Tinggi,” maklum METMalaysia.

Selain itu, cuaca buruk turut dijangka berlaku di Sarawak membabitkan daerah Kuching (Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

Di Sabah pula, daerah yang terlibat adalah Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu).

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan untuk berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

BACA: Pelajar UUM Maut Dihimpit Bas

BACA: Isu Seragam Kakitangan Rosak: Pos Malaysia Mohon Maaf

BACA: Pocket Rocketman Terus Beraksi Namun Secara Profesional

Sumber: METMalaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.