Isu Seragam Kakitangan Rosak: Pos Malaysia Mohon Maaf
Pos Malaysia Berhad dalam satu kenyataan membuat permohonan maaf kepada seorang kakitangannya yang terkesan dengan pakaian seragam yang rosak.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Charles Brewer memohon maaf dengan kenyataan kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kenyataan yang dilakukannnya sebelum ini.
Seragam Rosak Akan Diganti Segera
“Dengan penuh ikhlas, kami ingin mengakui dan menangani isu yang dibangkitkan melalui hantaran di media sosial baru-baru ini, yang merujuk kepada isu dalaman pada 19 Mac 2025 melibatkan pakaian seragam yang rosak.
“Kami telah mengambil tindakan segera dengan berkomunikasi secara langsung dengan kakitangan yang terlibat, dan isu ini telah berjaya diselesaikan sepenuhnya
“Beliau dengan jujur mengakui bahawa respon beliau seharusnya lebih berempati, dan dengan tekad yang kuat, beliau berjanji untuk terus membina budaya kerja yang saling menghormati serta menyokong semua warga Pos Wira.
“Kami sedang menambah baik proses dalaman kami untuk memastikan penggantian pakaian seragam dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan teratur.
“Komitmen ini dilakukan untuk memastikan setiap anggota Pos Wira dapat berkhidmat dengan selesa dan penuh keyakinan dalam menjalankan tanggungjawab kepada masyarakat.
“Terima kasih atas perhatian dan sokongan anda,” maklum kenyataan itu.
https://www.facebook.com/posmalaysia/posts/pfbid02bvQpUjzpp37rAfNnekC2K5dgkGNEk7SausDowad3zjj8r7ucofWxhSPbAggjZD4al
Sumber: Pos Malaysia Berhad