Siakap Keli
Hujan Lebat Di 11 Negeri
Kredit: AFP

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri & 1 Wilayah Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri termasuk Wilayah Persekutuan hingga jam 10 malam ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

METMalaysia turut menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan berlaku di Perak melibatkan daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, amaran yang sama dikeluarkan untuk kawasan Jeli sahaja, manakala antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Hulu Terengganu dan Dungun di Terengganu.

Sementara itu, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang antara kawasan yang terlibat dalam amaran tersebut.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri, 1 Wilayah Persekutuan

Bagi negeri Selangor, amaran tersebut menyenaraikan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat sebagai kawasan yang dijangka terjejas.

Beralih ke Sarawak, antara kawasan yang terlibat dalam amaran ini adalah Kuching (Kuching), Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song dan Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan lebat di daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran) di Sabah.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” kata MetMalaysia.

Difahamkan, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Kajian Penyelidik Temui Mikroplastik Dalam Ovari Wanita

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.