Siakap Keli
kanak-kanak terjatuh ppr
Kredit: Bernama

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

Kanak-Kanak 12 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat Enam PPR

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam kediamannya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Sentul, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden berkenaan pada pukul 2.24 petang.

“Siasatan sedang dijalankan dan kes buat masa ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala dan tiada saksi yang melihat kejadian tersebut selain tiada sebarang rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian.

Sumber: Bernama

BACA: Ketua Polis Balai Ditahan Positif Dadah Bakal Berdepan Tindakan Tatatertib

BACA: KPT Arah Siasatan Menyeluruh Insiden Kemalangan Maut Penuntut UUM

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.