Siakap Keli
ASEAN All-Stars
Gambar: X @theaseanball

Senarai 17 Pemain ASEAN All-Stars Menentang Man United Mei Ini

Senarai 17 Pemain ASEAN All-Stars Menentang Man United Mei Ini

Gergasi Liga Perdana Inggeris, Manchester United (MU), bakal menghangatkan pentas bola sepak Asia Tenggara sekali lagi.

Mereka dijadualkan beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan gabungan ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 28 Mei 2025.

Untuk info, perlawanan istimewa ini merupakan sebahagian daripada jelajah pasca-musim MU di Asia.

Ia bakal berlangsung selepas mereka menamatkan aksi terakhir Liga Perdana Inggeris 2024/2025 menentang Aston Villa di Old Trafford pada 25 Mei.

Bagi pasukan ASEAN All-Stars, Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) telah melantik jurulatih kebangsaan Vietnam, Kim Sang-sik, untuk mengemudi skuad ini.

Pemilihan pemain dilakukan melibatkan bintang-bintang terbaik dari negara-negara Asia Tenggara.

Setakat ini, sebanyak 17 pemain telah disahkan menyertai pasukan ASEAN All-Stars bagi menentang MU, seperti yang dikongsikan oleh akaun Instagram @seasiagoal.

Tambah laman Instagram @seasiagoal, hanya Filipina dan Singapura sahaja yang belum mengumumkan senarai nama pemain mereka.

Malaysia

1. Haziq Nadzli

2. Dominic Tan

3. Ezequiel Aguero

Indonesia

4. Asnawi Mangkualam

5. Muhammad Ferarri

Vietnam

6. Nguyen Quang Hai

7. Do Duy Manh

8. Nguyen Hoang Duc

Thailand

9. Patiwat Khammai

10. Nicholas Mickelson

11. Peeradol Chamrasamee

Kemboja

12. Faeez Khan Kan Mo

13. Andres Nieto

Laos

14. Bounphachan Bounkong

Myanmar

15. Maung Maung Lwin

Timor-Leste

16. Joao Pedro

Brunei Darussalam

17. Azwan Ali Rahman

Kredit: IG @seasiagoal

Perlawanan ini dijangka menarik perhatian peminat bola sepak di seluruh rantau ini, khususnya di Malaysia.

Ia bukan sahaja menampilkan kelab berprofil tinggi seperti MU, malah turut menyatukan bintang-bintang bola sepak dari seluruh Asia Tenggara dalam satu pasukan.

BACA: Liverpool Dijangka Rancang Perarakan Kejuaraan Terbesar Dalam Sejarah

BACA: Eain Yow Cipta Sejarah, Kini Dalam Kelompok 10 Terbaik Dunia

BACA: Faisal Halim Kongsi Imej X-Ray Patah Tulang Hidung

Sumber: Tempo, IG @seasiagoal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.