Siakap Keli
11 negeri bakal hujan
Kredit: Bernama

Hujan Lebat Dijangka Landa 11 Negeri Petang Ini

Hujan Lebat Dijangka Landa 11 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat meliputi 11 negeri sehingga 6 petang ini.

Menerusi amaran yang dimuat naik di laman Facebook, seluruh kawasan Perlis, Terengganu dan Pahang dijangka alami hujan lebat.

Di Kedah, sebahagian besar kawasan negeri tersebut bakal menerima hujan lebat. Antara daerah yang disenaraikan termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Manakala di Pulau Pinang, MetMalaysia menyenaraikan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan bakal hujan lebat.

Begitu juga di Perak, hujan lebat dijangka melanda kebanyakan kawasan termasuk Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar. Warga Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim turut diminta berwaspada berikutan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dikeluarkan.

Biarpun begitu, hujan lebat di Selangor petang ini hanya melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak.

Beralih ke Pantai Timur, beberapa daerah di Kelantan telah dikenal pasti bakal menerima hujan lebat. Antara kawasan yang tersenarai termasuk Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang.

Turun ke Selatan, hanya daerah Mersing dan Kota Tinggi di Johor dijangka hujan lebat.

Di Sarawak, hanya daerah Limbang dijangka hujan lebat manakala di Sabah, MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat meliputi Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Tambunan) dan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Orang ramai dinasihat mengamalkan langkah berjaga-jaga dan peka dengan perubahan cuaca semasa. Ikuti arahan pihak berkuasa jika berlaku kejadian bencana alam di kawasan masing-masing.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

BACA: Beberapa Daerah Di Selangor Dilanda Banjir, Tiada Mangsa Dipindahkan

BACA: Tembok Sekolah Antarabangsa Di TTDI Roboh Akibat Tanah Runtuh 

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.